Okeh, hari ni aku datang ke tempat kerja pada pukul 11 pagi....(lebih sebenarnya). Kenapa? Sebab perlu uruskan beberapa perkara sebelum aku ke Sabah (Sabah je, bukannya nak ke London ke, Jepun ke, German ke...sibuk macam nak pergi jauh). Aku bukan nak cerita apa yang aku buat dari pukul 8.00 pagi sampai 11.00 pagi itu. Tidak sama sekali. Aku nak cerita tentang apa yang telah berlaku sepanjang tempoh itu.
Perlu diingatkan, aku ni anak sulung. Merangkap anak papa (tiada kenyataan rasmi dari papa, cuma perasan je). Apa saja kehendak aku, sedayanya papa turuti. Alhamdulillah, setakat ini aku tak minta yang bukan-bukan, dan papa pun tak banyak merungut. Walau bagaimanapun aku masih rasa bersalah.
1-->Sepatutnya aku simpan siap-siap dokumen yang perlu dibawa pulang, tapi aku terlupa. Akibatnya, papa terpaksa berpatah balik setelah menempuh lebih 5km perjalanan...
2-->Sepatutnya aku keluarkan duit sebelum shopping barang-barang yang perlu dibawa ke Sabah, tapi dengan muka kesiannya aku cakap kat papa, "duit tak ada"... maka terpaksa guna duit papa..(note: aku hutang RM200 dengan papa)
3-->seharusnya aku boleh saja bergerak ke sana ke mari tanpa bantuan papa, tapi aku seperti budak sekolah yang masih perlu bawa penjaga untuk buat sebarang urusan rasmi.
Tidak! Bukan aku tak suka dengan kehadiran orang tua di sisi. Suka sangat, nampak macam papa aku seorang ayah yang sporting. Tapi, aku rasa bersalah.
"Pa, hantar kak long gi sekolah."
"Pa, esok buleh tolong hantar kak long gi ghumoh kawe?"
"Papa, kak long nak gi klinik... tolong hantar deh?"
Tak ke menyusahkan namanya apabila anda selayaknya dapat memandu kereta sendiri atau sekurang-kurang bawa motor untuk ke mana-mana destinasi? Anda berusia 23 tahun dan mempunyai kerja. Mengapa harus berlagak seolah-olah anda masih lagi perlu mengharapkan bapa anda?
Maaf, anda harus harapkan bapa anda. Maksud yang ingin disampaikan di sini adalah, mana sifat baik untuk berdiri di atas kaki sendiri?
Maaf, nampaknya aku terkeluar topik. Emo sikit kerana perasaan bersalah masih menghantui diri. Cerita yang ingin aku sampaikan adalah aku bangga dengan papa...itu saja, bangga sebab papa masih mampu cuba menggembirakan aku meskipun aku tahu banyak masalah yang disorokkannya daripada aku. Walaupun dia tak pernah berkongsi masalah dengan aku, namun aku tahu ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
Meskipun dia tidak punya banyak wang, kehendak aku mesti diturutinya. Dia tak pernah membantah permintaan aku.(sebab tu aku rasa bersalah, sebab permintaan adik-adik sering kali dia bantah...)(atau mungkin dia pernah membantah permintaan aku, tapi kerana aku anak yang baik*uweek* maka aku lupa akan kejadian itu...)
hahahaaha... ya aku tahu aku saiko sekarang ini. Aku tengah kebosanan. Menanti mereka untuk aku tagih janji.... menci tul!!
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
U gi sabah nnti otomatically u akan jd independent. trust me...u will. Look at me, takde bapak, even anak bongsu....at last independent jgk. I gi london ngn mama i dulu pon i uruskan (walaupun takde experience). Bkn ape, just a tangible proof that will make u stronger. Peace!!
Post a Comment