Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

01 April 2008

Hujung minggu di Lata Tembakah


27hb Mac 2008

Seusai kelas pukul 10 pg, aku berehat buat seketika sebelum pulang ke bilik untuk mengemas barang-barang yang akan dibawa ke perkhemahan anjuran PROSTAR UiTM Machang. Dalam pukul 2, aku kembali ke pejabat untuk mengikuti Central Marking BEL250. Sejam kemudian, terus bergegas pulang ke bilik semula untuk mengambil beg dan kembali ke kampus untuk bersama para pelajar ke Lata Tembakah.

Pada awalnya, ingatkan kami nak naik bas bersama para pelajar. Tapi, memandangkan Kak Zaza nak naik kereta, maka aku dan Eme mengikut dia. Temankan dia. Maka berangkatlah kami ke sana. Sampai dalam lebih kurang 5.30 petang. Dah lama sangat tak dirikan khemah, excited pulak rasanya. Sebaik sahaja khemah dah didirikan, aku bergerak ke surau untuk solat Asar dan menunggu solat Maghrib. Aktiviti pertama selesai solat Isyak, kami makan-makan. Wah, mewah betul diorang ni. Camping tapi makan best-best! Kompem camping ni membuatkan badan aku naik... Aduih!

Lepas menambahkan berat badan dengan nasi gulai ayam, dengar pula sepatah dua kata ucapan daripada pengerusi PROSTAR Daerah Machang, Encik Abas. Then, kononnya sesi ta'aruf. Kenapa aku kata konon-kononnya? Sebab, most of them were knowing each other.. Lagi best, diorang ni classmates!!! Tssk...tssk...tssk...

Okey, enough of day one....

28hb Mac 2008

Walaupun aku, Eme dan Kak Zaza adalah pensyarah, tapi kami dikira peserta program juga. (No one realizes that we're lecturers...kihkihkih) So, bangun pagi pun macam students gak lah. Subuh berjemaah...orait la tu. Lepas solat Subuh, bersihkan diri. Kemudian, diorang ada aktiviti riadah senam aerobik. Kami, para pensyarah yang sporting ini turut serta malah dengan gila-gilanya buat steps sendiri sebab tak terikut steps diorang. (macam mana nak ikut steps, orang senaman pakai sport shoes, kami senaman pakai sandals!). Selesai senam robik...makan time!!!Untuk makan-makan, kami tak campur dengan students. Kami dikira VIPs, makan ditempat yang disediakan. Siap tambah-tambah lagi...
Tambah berat badan lagi. After makan-makan, aku, Eme dan Kak Zaza masuk surau kejap sebab nak charge bateri phone. Hahahah... nak camping tapi phone tak boleh mati. Iyolah, aku mana ada kamera, hanya berharap pada camera phone sahaja...

Bila dah rasa best berehat, bateri phone pun dah kenyang, maka kami berangkat ke tapak perkhemahan. Diorang tengah dengar ceramah Encik apa-nama-ntah tentang AIDS/HIV (notes: ini adalah perkhemahan PROSTAR). Kami pun turut serta. Best jugak especially bila orang sangka kita pun students...
Muda lagi la... Lepas dengar ceramah, kena pulak buat LDK.... bukan LDK apa pun, just present apa yang diikuti sekejap tadi. Lagi senang sebab diorang bagi nota... wah, apa lagi! Sebagai pensyarah yang 'berkaliber' aku copy paste je. Suka hati je... lepas tu aku suruh diorang yang present.

"Saya dah selalu sangat buat presentation kat korang, sekarang ni korang pula tunjukkan bakat presentation kat kami semua."

Lepas dah semua group buat presentation, kami rehat-rehat. Waktu rehat juga adalah panjang sebab peserta lelaki wajib ke masjid untuk Solat Jumaat. Dalam pukul 1.30 petang, aku ke surau untuk solat Zohor. Sebelum tu aku borak-borak dengan one of my students, Akma. Eme dan Kak Zaza serta beberapa orang pelajar telah memulakan ekspedisi sendiri mendaki bukit di Lata Tembakah hingga ke tingkat 3. Rugi rasanya tak join diorang. Tapi, tak mengapa. Hari masih panjang. Petang nanti ada jungle trekking.

Dalam pukul 2 lebih kami makan tengahari. Seusai makan tengah hari, kami berehat sementara menunggu peserta lelaki yang baru pulang dari masjid. (sesungguhnya camping ini sangat relaks)

Lebih kurang pukul 3 petang, kami memulakan ekspedisi mendaki bukit di Lata Tembakah. 20 minit yang pertama, memang aku semput. Al-maklumlah, dah lama sangat tak buat aktiviti lasak. Paling-paling pun, aku duk turun naik bukit tiap-tiap hari sebulan yang lalu. Aktiviti lasak terakhir aku ketika berada di tingkatan 4 sewaktu mengikuti perkhemahan dengan Kelab Nadi Bangsa RTM Kelantan. Itu adalah memori terindah aku dalam bab aktiviti lasak.

Perjalanan mendaki tidak mencabar mana pun. Lagipun denai dah memang disediakan, yang best adalah time dekat dengan air terjun. Bila dah hampir ke tingkat 5. Dengan pemandangan yang menarik. Air terjun yang menderu. Hutan yang tebal. Jurang yang curam. Memang menakjubkan...

Kami dikehendaki melepasi 3 check points, iaitu spiderweb, soalan cepumas dan satu lagi kau lupa apa namanya. Lepas check point pertama, aku kembali bersemangat. Tiada semput-semput. Malah aku tambah bersemangat ketika sampai di check point ke 2. Ingatkan check point ke 3 di kawasan air terjun tingkat seterusnya. Rupa-rupanya untuk check point terakhir, kami kena turun ke bawah semula.

Sementara itu, kami dikehendaki berehat di air terjun tingkat 5 tersebut di mana pemandangannya... SUBHANALLAH... lawa sangat! Kat tepi tebing, air kehijauan menandakan kawasan di situ adalah berbahaya dan dalam. Kami sekadar bermain di kawasan yang cetek dan jernih. Seronok pulak tengok anak-anak ikan. Huih! Rasa nak mandi pun ada...

Sewaktu menuruni denai, jalannya memang mencabar. Sangat curam. Agaknya dalam 95 degree la darjah kecuramannya. Dengan tebing jurang yang kecil, memang best sangat! Mencabar dan yang penting aku suka!!! Kumpulan aku merupakan kumpulan yang terawal sampai, jadi aku terus bergegas ke bilik air untuk mandi sebelum hari gelap dan sebelum orang ramai. Lagipun, aku kena sembahyang Asar lagi.

Selesai mandi, tiba-tiba budak-budak ni (students) ajak mandi kat sungai. Jam di tangan aku 6.15 petang. Aku kata nak sembahyang dulu kemudian nanti aku join. Best! Akhirnya tercapai juga impian aku nak mandi aku sungai setelah hampir 2 tahun tak mandi sungai. Tak lama, dalam 15 minit je kemudian, kami naik untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Semua orang penat, termasuk aku. Tapi, aku seronok sangat. (macam budak-budak pun ada!)

Masa nak tunggu azan Isyak, aku mengantuk sangat. Tapi tahan... ada lagi aktiviti lepas ni. Selesai solat Isyak, kami dikehendaki berbincang untuk aktiviti persembahan. Kumpulan aku kena buat persembahan drama. Aku beritahu budak-budak ni buat je drama ntahapa-apantah. Kisahnya mengenai sekumpulan manusia yang ntahapa-apantah... nak tahu macam mana cerita tu, tanya aku sendiri nanti... hehehe

Sekejap je perbincangan kami, tak sampai 10 minit. Aku ambil keputusan nak join mereka yang sedang membakar ayam. Nak dijadikan cerita, mereka-mereka yang sedang buat BBQ tu tak berapa nak pandai. Bukan nak riak, tapi kalau bab BBQ aku rasa aku dah expert dah. Mana tidaknya, kalau asal ada family gathering, BBQ...sikit-sikit BBQ. Tak kisahlah, ayam ke, daging ke, ikan atau mana-mana makanan yang boleh di BBQ.

Mungkin kerana aku dah terlalu lama di tempat BBQ, akhirnya mereka buat keputusan untuk tidak membabitkan kumpulan kami dalam aktiviti persembahan...Hahahah...nasib baik. Lagipun, kebanyakan AJK malam tu untuk makan-makan, terdiri daripada kumpulan aku iaitu Akma, Adila dan Huda. Miza macam tak sihat.

Lepas makan, apalagi tidur lah!!

29hb Mac 2008

Semua dah letih sangat kot. Pukul 7.00 pg baru bangun Subuh. Termasuk aku... hahahah... Aku letih dok bakar ayam semalam. Pukul 8 pg, kami bergerak untuk sarapan. Seusai sarapan, tiada aktiviti khusus. Mengikut tentatif program, pukul 9 pg adalah aktiviti Ekspedisi Lata Tembakah, iaitu mandi-manda sambil piknik. Aku sekali lagi teruja nak mandi sungai nih!....

Aku, Eme dan Kak Zaza bergerak ke air terjun tingkat 2. Tiada orang. Mungkin sebab masih awal pagi. Mandi-manda...walaupun sebenarnya aku seram jugak dengan arus yang laju. Berbanding di tingkat 1, arus lebih perlahan dan juga agak cetek. Kemudian, beberapa orang pelajar mengajak kami untuk mandi di tingkat 3... mula-mula kami tak mahu sebab dah agak selesa dengan tempat yang agak tersembunyi, tapi memandangkan hanya kami bertiga saja, jadi kami buat keputusan untuk ikut students. Baru meriah sikit.

Airnya tenang sedikit. Mungkin sebab tak banyak batu-batuan. Ada sebongkah batu besar, di mana di sebelahnya merupakan lubuk yang dalam. Sumpah, aku takut tengok air dalam ni. Takut juga jadi benda-benda yang tak diingini.

Sebab aku start mandi awal pagi, aku dah start beku. (Kata ummi, aku ni takut air)... Jawabnya aku cuma duduk atas batu, separuh badan dalam air. Sssseeejukkkkkk!!!! Dalam 11.30 pg, kami dikehendaki naik sebab nak bersiap untuk pulang. Aku pulang ke KB terus dengan Kak Zaza. Dari Lata Tembakah, Besut ke Machang terus ke KB, ambil bas... Nasib baik bas dah ada waktu aku sampai di bandar KB. Kalau tak jemu aku nak menunggu.

Maka itu saja cerita aku di hujung minggu nan indah.... Wassalam...




3 comments:

Anonymous said...

Wiiii bestnye weekend pjg!! Eyhh add pics plss...cant imagine lorr...

Anonymous said...

amboi....miss...
zira ni...ajk program lata2...thanks sgt2 wat citer ni n watkan laman web gni...rase glmour plak kami...pah nikan miss...watlah name PROSTAR beso2...heheheh!!!!cayang miss...nanti leh join kami lagi ea....umuuuuuahhhh

Anonymous said...

Thnks miss... best sgt2 time camping tu kn.. sweet memory remains forever... hehe.. pas nie miss leh la promote lata tembakah kt sabah plak.. hehe... rindu la kt miss.. ^_^ -YaNa- ISD3IA