Aku ni bukanlah yang jenis suka kongsi cerita dengan orang. Kalau ada pun, tak semua cerita yang aku sampaikan itu dalam versi penuh. Pasti ada lompang di mana-mana. Aku pun tak tahu kenapa. Perahsia? Bukan pun, tapi mungkin sebab aku pegang pada prinsip 'tak semua cerita kita orang nak dengar'. Tapi ada juga cerita yang aku ceritakan dengan betul-betul terperinci. Dari A sampai Z. Siap dengan dialog lagi. Dan yang pasti itu cerita yang menggembirakan aku dan akan menggembirakan semua orang.
Orang yang selalu menjadi mangsa cerita aku adalah Ummi dan Syafiqah. Masa belajar dulu, Yda merupakan satu-satunya kawan aku yang sudi meminjamkan telinganya untuk aku. Sampaikan kalau ada pertemuan, hari itu dipenuhi dengan cerita aku yang kadang-kala tak ada kaitan pun dengan hidup dia. Tapi, tanpa bosan dia terus menjadi pendengar yang setia. Sampai sekarang. That's why I love you so much, Y... You are my greatest friend that I ever had. Opps... kang merajuk pulak kawan aku yang ni...Noor! You are as well! Mung la kawe aku dunia akhirat! Inilah dua sahabat karib yang sangat memahami aku meski sudah lama tidak bersua muka...
*teringat YM Noor: mung tu cepat gelabah...*
Sekarang ni, aku dah tak ada cerita sangat nak dikongsi dengan orang. Kalau ada pun, aku simpan sendiri. Entah kenapa, cerita itu takut untuk dikongsi dengan orang lain. Semacam ada beban yang akan memberat di bahu orang dan juga aku takkan senang dengan beban yang aku berikan pada orang. Walau pun aku dan Yda dah jauh, kecanggihan teknologi tetap dekat kan kami. Aku akan pastikan yang aku takkan putus hubungan dengan dia sebab tak ada orang yang boleh ganti kawan sebaik dia...
*Y, apa lagi? I dah bodek U tu... Bila nak belanja I ni? Hahahaah...*
Aku sebenarnya nak kongsi segala-galanya. Kisah suka, duka, sedih, marah, kelakar... semuanya! Aku mahu kongsi dengan seseorang yang boleh aku panggil sahabat, kawan, teman, teman sejati, teman sehati dan juga kekasih hati...(Arrgh! Sudah-sudahlah)
Cukup! Aku nak cerita benda lain sebenarnya...
Hari ni minggu terakhir bulan Mac. Petang nanti aku akan menyertai para pelajar ke Lata Tembakah sempena perkhemahan mereka. Saja nak join supaya hujung minggu aku akan terluang dengan aktiviti yang sihat selain daripada makan dan tidur. Juga supaya aku dapat melupakan perkara yang tak patut aku fikir. Nanti aku cerita pasal camping tu.
Hari Ahad ni, bersempena Keputeraan Sultan Kelantan, one of my ex school-classmate will getting engaged. Well, berbahagialah adanya dia bersama pasangannya nanti. Akhir bulan 5 ni pula, one of ex-housemate masa kat Akasia, akan berkahwin. Seorang lagi sedang menghitung hari menuju hari bahagia. Kemudian, lepas raya nanti my bestfriend Noor pun akan menamatkan zaman bujangnya. Ehmm... aku?
Aku ada target. Aku ada rancangan aku sendiri. Tapi, setelah difikirkan semuanya... mampu kah aku mencapai target aku tu? Pn. Zaiton pernah berpesan pada aku, tak usah letak target sebab kalau tak tercapai aku sendiri yang akan kecewa. (sila baca: :kalau target untuk mencapai 10A1, anda digalakkan. Target yang dimaksudkan di sini adalah target umur kahwin =D). Memang betul cakap Pn. Zaiton. Dulu gatal letak target, by 21 I should have a boyfriend (duh!). Malangnya after 21 pun, aku masih sendiri. Padan muka! Jadinya, aku macam tak keruan selama 2 minggu. Cari punya cari sebab... rupanya ada unfinished business.
Tapi, soal kahwin bukan main-main. Hati aku cenderung fikirkan hal ni. Aku cuba sibukkan diri, tapi fitrah manusia aku tak boleh nak halang. Mungkin dah sampai masanya, tapi siapakah orangnya? Abang pernah cakap: Ida, please don't become desperate. You are still young. There's a lot of journey you have to get through.
No, I am not desperate to get married. Kalau betul aku terhegeh-hegeh sangat nak kahwin, aku akan terima saja si dia yang mahu aku beri peluang kedua kerana dia telah menghilangkan kepercayaan aku kepada kaum lelaki. Itulah, siapa suruh gatal sangat? Kalau betul aku ni desperate, rasanya aku akan main cinta dengan lelaki yang hampir sebaya dengan papa. But, no. Aku mahu yang boleh bawa aku ke alam rumah tangga yang sempurna. Yang aku rasakan sesuai... Ummi pula kata aku memilih.
Habis tu? Kalau dah semua tak kena, macam mana?
Ehm... rasanya terlebih pula cerita aku hari ni. Okey, I need to go back to pack my stuff for camping and come back for central marking at 2pm. After central marking, need to go back to hostel, take my stuff, change clothes and come back to office to checkout and voila! Camping!!!
Daa for now!!!
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment