Aku tahu aku cuma perasan. Aku tahu aku tak patut berharap. Hanya tawakal dan serahkan segalanya kepada DIA. Tapi, siapa yang mampu melawan perasaan yang sensitif. Lebih-lebih lagi gadis yang cepat perasan macam aku.
Aku sedar masih terlalu awal untuk aku membuat kesimpulan. Masih panjang lagi cerita yang boleh dikongsi untuk mengenali dia. Banyak perkara yang dia perlu tahu tentang aku sekiranya dia punya rasa yang sama. *itupun kalau aku bukan perasan sorang-sorang*
Walau bagaimanapun, dah lama aku tak rasa shivering all over my body. Aku pun sebenarnya dah lupa, adakah aku pernah punya perasaan sebegitu dulu. Walaupun sekadar perasaan aku sahaja, tapi dia buat aku gementar dan tak tentu arah. Arrghh! Sudahlah Shahida. Jangan nak perasan lebih-lebih.
Aku takut dan tak sanggup untuk punya perasaan yang suci itu lagi. Ya, cinta dan kasih sayang. Aku tak berani lagi kecuali pada Tuhan dan keluarga juga diri sendiri. Aku akui akan murni dan hebatnya perasaan itu. Aku akui Tuhan ciptakan perasaan itu untuk kesenangan hati hambaNYA di dunia supaya menghargai nikmat itu. Untuk meneruskan pengabdian kepadaNYA. Tapi aku dah takut. Dah serik untuk mempunyai rasa itu.
Kerana rasa itu pernah membunuh jiwa aku
Rasa itu mengelirukan aku
Rasa itu melalaikan aku
Rasa itu mengheret aku ke lembah yang aku tak sanggup hadapi
Cukuplah apa yang pernah aku rasa sebelum ini
Tapi...
Aku insan biasa
Aku punya naluri manusia normal
Ingin dikasihi dan mengasihi
Ingin diungkapkan kata-kata yang romantis
Ingin ada yang membelai hatiku di saat duka
Ada yang melafazkan perasaannya pada aku
Untuk aku ungkapkan rindu aku padanya
Adakah yang sudi???
Dah puas aku pujuk diri sendiri. Aku tanya lagi dan lagi... siapakah yang sudi? Dia? Entah! Aku tak nak perasan lagi! Hanya satu perkara yang sering aku pinta dariNYA...
Jika dia telah termaktub di Luh Mahfuz untuk aku serahkan jiwa dan raga. Jika aku dijadikan daripada tulang rusuk kirinya. Jika aku lah yang ditakdirkan untuk merungkai keluh kesah perasaannya, maka Tuhan...tunjukkan jalannya. Berikan aku petunjukMU. Jangan kau seksa hati aku merindu orang yang bukan untukku. Jangan kau palingkan hatinya dari menatap aku. Bukakanlah hatinya jua. Berikanlah rasa ini kepadanya agar dapat kami kongsi bersama demi jihad fi sabilillah...
Namun, jika dia bukan untuk aku... hilangkan perasaan yang menyesakkan ini. Jauhkan dari perasaan yang menghimpit sanubari kerana aku tak sanggup lagi derita kerana rasa ini. Aku rela tidak punya perasaan ini daripada ianya mendera hati aku sendiri. Sungguh Tuhan, aku tak mampu lagi.
Sebesar mana ujian yang KAU turunkan kepada aku, inilah ujian yang tak sanggup aku hadapi. Ini saja yang boleh membuatkan aku lemah. KAU boleh uji aku dengan kemiskinan dan kepayahan menghadapi hidup, Insya Allah, aku akan tetap mencintaiMU. Namun, KAU uji aku dengan rasa yang menyakitkan ini, aku takut.. Aku takut aku lalai. Jadi, biarkan rasa ini hanya untukMU, bersamaMU dan keranaMU.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment