Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 March 2008

Hujung minggu yang....

Hujung minggu aku bermula pada petang Rabu, 19hb Mac... Khamis, 20hb Mac, bersamaan 12 Rabiulawal 1429H, Ulang tahun kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W. Jadi, secara automatik, cuti aku bertambah sehari.

Pada awal rancangan, aku teringin nak belanja keluarga aku dengan gaji pertama yang aku perolehi 2 minggu lepas. Aku dah janji dengan Syafiqah nak belanja makan di Secret Recipe. Lagipun aku sendiri dah lama kempunan nak makan... ntah apa kebenda namanya...lupa plak... Sebaik sahaja sampai di rumah, aku terus merilekkan diri dan bersantai sementara menunggu ummi balik dari kerja. Papa pun dah beredar entah ke mana. Pukul 8 malam, setelah makan malam, aku terus tidur tak sedar-sedar sampai pagi esoknya. Lagipun, malam sebelumnya aku cuma sempat terlelap tak sampai dua jam gara-gara chatting dan kononnya menyiapkan material for observation. Still, I did bad on my teaching.... huhukkk...

Su telefon pada petangnya. Mek (ibu ummi) demam dan mungkin akan ditahan di hospital. Ummi beritahu Su yang dia tak boleh nak jaga Mek sebab dia sendiri baru balik dari hospital dan doktor beritahu yang darah dia naik. Nak suruh Wani, dia kerja. Tambahan lagi, Ummi tak nak Mek tahu tentang perubahan rambut Wani, lagi teruk sakit dia kalau dia tengok. Aku? Ummi dah tahu apa nak beritahu pada Su.

Awal pagi 12 Rabiulawal, seperti biasa aku akan melepak depan tv, mengisi minda dan jiwa dengan pengisian rohani daripada rancangan2 televisyen yang berfaedah. Irfan sampai awal pagi, tengah bising berborak dengan ummi. Jadi, peluang aku untuk terus menyambung tidur memang tergendala. *Aku pun bukannya jenis yang bangun lambat kecuali benar-benar keletihan*

Irfan keluar untuk membeli sarapan untuk kami, Wani dah keluar ke tempat kerja. Malah, aku tak sempat nak jumpa Wani sebab sewaktu dia pulang malam tadi, aku dah tidur mati. Tak sempat juga aku nak tengok rambut fesyen baru dia yang ummi dok bising. Sampai papa tak nak pandang sebab sakit hati teramat. *juga sakit mata* . Sambil menikmati sarapan, macam biasa mulut aku pasti tak berhenti bercerita itu ini. Bila Syafiqah bangun, dia pula tambah tanya itu ini. Dalam kepala aku tak henti-henti dok fikir plan nak ajak diorang keluar. Yalah, aku ni dikenali sebagai kak long yang kedekut, jadi agak susah untuk buat kenyataan yang aku nak belanja makan. =)

Ingatkan nak belanja diorang malam Jumaat, tapi Ummi kata elok keluar malam Sabtu. Lagipun, dia tak sedap hati nak keluar makan sedap-sedap sedangkan Mek sedang sakit. Nak pergi melawat, papa ada kerja. Akhirnya aku habiskan masa di rumah, marking mid term paper students aku. Sekerat jalan, aku ambil keputusan untuk ke rumah Mok (ibu papa) yang cuma beberapa langkah.

Seusai memberi salam, Mak Su Za sedang mengurut Mok. Alahai, Mek sakit, Mok pun sakit. Ehm... Aku berbual sebentar dengan Mak Su Za.. Dia tanyakan hal aku, aku bercerita sikit-sikit. Lepas tu dia kata Mak Ngah buat makan-makan (BBQ) sempena meraikan kejayaan Farah peroleh 10A dlm SPM malam Sabtu nanti. Okeylah tu... makan free... tapi... alah! Bila masa aku nak belanja family aku? Mak Su Za ada juga berseloroh suruh aku belanja sate bila dia tamat pantang nanti. Errkk... tengoklah kalau ada rezeki lebih.

Kemudian, aku kembali ke rumah dan menyambung periksa kertas mid sem students. Namun ternyata, aku dah tak mampu lalu aku membulatkan tekad untuk mengulangbaca novel Ayat-ayat Cinta. Hati aku sekali lagi tersentuh dengan ketulusan cinta Fahri dan Aisya begitu juga murni dan luhurnya kasih Nurul dan Maria.

Andainya aku punya cinta sekuat dan seteguh Aisya.
Andai aku punya hati yang tegar setegar Maria.
Andai aku mampu menahan rasa sebagaimana Nurul Azkiya...
Andai cinta yang aku bina demi Tuhan semata... pasti aku tak senaif dulu.

Enough!

Hari Jumaat, sampai tengahari aku tidur. Letih yang teramat sangat. Pagi tadi, sayup-sayup aku dengar Syafiqah bertengkar dengan ummi. Aduhai adikku sayang, kenapalah jadi macam ni? Sakit kepala lah pulak. Akibatnya, ummi suruh aku batalkan sahaja agenda untuk makan-makan. Petangnya, kami menziarahi Mek. Lepas tu, balik untuk Maghrib di rumah, Isyak dan terus ke rumah Mak Ngah. Makan-makan lepas tu balik.

Hari Sabtu... tengahari sikit Wani baru balik selepas satu malam tak balik selepas bertengkar dengan ummi.. Ni sorang adik kesayangan aku ni... tak habis-habis buat perangai. Nasib baik Irfan sambung belajar. Kurang sikit masalah yang dibawa. Akhirnya, tiba masa untuk aku pulang ke Machang. Alhamdulillah, harap fikiran aku lebih tenang sebaik sahaja tidak nampak kelibat yang menyakitkan hati.

1 comment:

Anonymous said...

Tak jadi blanje your family, blanje i pun ok jgk!! Netime babe...tehee