Perjalanan itu memang masih panjang. Aku pasti, takkan ada sesiapa yang yakin untuk berdebat bahawa perjalanan hidup masih panjang. Ya, aku tahu orang akan jawab, "Hidup cuma sementara..." Okey, biar aku terangkan dalam ayat yang lebih sempurna.
Hidup kita cuma untuk sementara. Tiada siapa yang boleh sangkal bahawa mati itu pasti, hidup insya Allah. Namun, sebagai manusia yang kerdil lagi hina yang diamanahkan oleh Sang Pencipta yang Mencintai, perjalanan hidup kita masih panjang. Banyak sangat pengalaman dan kehidupan yang boleh dikutip daripada setiap insan di muka bumi.
Maaf andai kata-kata ini tidak dapat diterima oleh sesetengah insan. Bagi aku, ini sudah cukup untuk membawa pengertian dalam jiwa aku bahawa hidup masih panjang.
Pengalaman dan kehidupan manusia yang lainnya menjadi satu tanda asas untuk aku tidak terus terlena lalu terlepas peluang untuk merebut segala macam cerita untuk aku jadikan pengalaman aku pula. Menjadikan diri aku lebih matang dan kalau boleh aku mahu diri aku lebih matang daripada yang aku sendiri sangkakan...
Apa sebenarnya yang aku nak ceritakan?
Kisah aku, dia dan mereka...
Aku yang masih melara menanti segala yang diimpikan kononnya akan menjengah ruang rasa. Bukan tidak mahu usahakan yang terbaik, cuma usaha itu kadangkala memberi persepsi yang lain untuk mereka. Persepsi yang mana akan membawa aku ke suatu perasaan yang tidak ingin lagi aku alami. Pedih, sedih, pilu... kecewa...
Dia yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan meski aku sering mengecewakan dirinya. Perasaannya sering aku hancurkan. Harapan dia sering aku leraikan. Bukan...bukan niat aku untuk sengaja mengetepikan dia. Ada sesuatu yang membuatkan aku terlupa. Ada sesuatu yang menjadikan aku terlupa akan kehadirannya di saat aku benar-benar inginkan dia.
Mereka... kerana mereka membutakan mata aku, memekakkan telinga ku akan hadirnya di situ. Mereka yang memberi aku ruang untuk melupakan dia walau di saat itu aku tidak mahu melepaskan dia. Mereka yang memberitahu aku akan maksud hidup namun dalam masa yang sama melukakan hati dan perasaan aku kerana terlupanya aku akan dia.
Inilah kisah aku, dia dan mereka.....
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment