Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

02 April 2008

Sabah...

Sambungan selepas pulang dari Lata Tembakah...

Pada hari Khamis, 27/03/2008 yang lalu, sebaik sahaja kami sampai di Lata Tembakah, aku mendapat panggilan telefon daripada Kak B. Dia tanya aku, ada ke aku terima surat daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Aku beritahu dia yang aku berada di Lata Tembakah, jadi aku tidak tahu apa-apa mengenai hal itu. Katanya, dia dapat tawaran sebagai Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) di Sabah dan berharap aku pun mendapat berita yang sama.

Selepas sembahyang Maghrib, aku cuba hubungi Papa bertanyakan hal itu. Kata papa, Syafiqah dah tengok kat peti surat tapi tak ada. Aku dah mula risau. Dua hari di Lata Tembakah, hati aku selalu tertanya-tanya. Dapat ke aku posting kali ini?

Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke tangga rumah, beri salam dan membuka pintu, Syafiqah terus menjerit memanggil ummi yang ketika itu berada di dalam bilik.

"Kak Long buleh gi Saboh!!"

"Arrrgghhhhh!!!!!" Serius, memang aku menjerit. Lantas aku capai surat di tangan Syafiqah dan membaca ayatnya satu persatu. Senyum di bibir aku, tak payah cerita memang selebarnya. Aku berbual seketika dengan ummi.. berbincang tentang tawaran aku ke Sabah. Setelah itu, aku menuju ke rumah Mok... mahu sampaikan berita ini padanya.

Mok senyum. Tembakau yang digeyeh ke bibirnya jelas kelihatan...

"Ehmm... patutlah tok jadi ceghito tu deh."

"Ceghito gapo, Mok?" Aku confuse dengan kata-kata Mok.

"Ceghito janji nok tune tuh.... patutla tok jadi, nok gi jauh ghuponyo"

Owh...Mok ni buat aku saspen je. Ingatkan cerita apa tadi yang tak jadi.

Yes, akhirnya aku berjaya dapat posting MOE. Ke Sabah. Aku tak minta ke sana, tapi aku gembira dapat ke sana. Ada beberapa sebab yang membuatkan aku gembira...

1) Orang kata bila dapat kerja kat Sabah, kerja kerajaan pulak tu... elaunnya banyak. Kalau duduk di Sabah, duit gaji memang tak usik. Ya! Itu matlamat aku... tak nak usik duit gaji. Buat apa? Buat harta? Mungkin...salah satu sebab lah. Tapi, sebab yang utama... nak kumpul untuk bayar hutang piutang yang rasanya memang papa atau ummi tak tertanggung. Sebagai anak sulung, aku tahu aku bertanggungjawab ke atas mereka.

Memang papa tak pernah cakap, ummi pun tak berharap aku yang akan bayar hutang2 mereka... tapi kalau bukan aku, siapa? Aku sendiri rasa, selain daripada parents aku sendiri, mereka-mereka yang memberi hutang pun berharap aku yang membayarnya. Kalau tak, mana mungkin Mok yang menyuarakannya.

"Yolah, buke nok suroh pikir. Tapi, sajo nok royak... tok pehe la gi mano habih duit tuh. Pahtu kalu buleh kijo ni sero lamo mano buleh kumpul duit?"




Kata-kata Mok memang menusuk jantung hati aku. Sebak tak payah cakap, aku rasa memang dah jelas air mata bertakung kat bibir mata aku walaupun aku cuba tersenyum lebar. Kalau tak, Syafiqah takkan menyampuk.

"Wak gapo lagi, wak make lah duit tuh."


2) Sebab seterusnya aku nak lari. Lari dari segala macam perasaan yang selama ini membelenggu diri aku. Perasaan bersalah, perasaan kecewa dan perasaan sakit hati. Aku bersalah dengan adik-adik aku, aku kecewa dengan adik-adik aku dan aku sakit hati dengan adik-adik aku. Aku sayang mereka. Sayang sangat-sangat. Tiada yang lebih aku sayang kat dunia ni melainkan mereka. Antara mereka dan diri aku sendiri, mereka letaknya di atas, di bawah ummi dan papa.


Tapi, aku bersalah sebab aku tahu mereka terasa dengan layanan yang ummi dan papa berikan pada aku. Jadi, bila aku tiada, sekurang-kurangnya mereka tak terasa sangat terutama sekali Salwani. Ummi dan Papa beri layanan yang istimewa (perasan kah aku?!) sebab aku anak sulung merangkap harapan keluarga. Kena pula aku ni jenis yang selalu duduk rumah, dengar kata, tak banyak melawan (sekali lagi bertanya: perasaankah aku?!), memanglah ummi dan papa memberikan perhatian yang penuh. Bukan aku tak nasihat adik-adik. Bukan aku tak tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik, tapi mereka lebih memilih untuk memberontak. Terutama Wani. Ummi dan papa sendiri bukan tak beri perhatian, dah habis cara dan strategi tapi mereka tetap dengan cara mereka.

"Kalu kak long balik, mesti ado hok tok keno dale rumoh ni." Salah aku ke kalau mereka bergaduh sesama sendiri dan aku sebagai Kak Long cuba mendamaikan?

Kerana itu juga aku kecewa dengan mereka yang salah faham dengan aku. Aku cuba untuk menjadi kakak yang terbaik untuk mereka dan semoga dengan pemergian aku ini, mereka akan menghargai saat-saat manis antara kami.

Kak Long sayang adik-adik Kak Long!!!

3) Aku ingin cari angin perubahan untuk diri aku sendiri. Jika selama 23 tahun aku bergantung hidup kepada Papa dan Ummi, kali ini aku cuba untuk terus berdikari. Mungkin bukan 100% memandangkan aku masih tanggungjawab mereka selagi aku bukan di bawah tanggungjawab seorang suami. Sekurang-kurangnya, aku berdikari dari segi kelangsungan hidup. Aku akan buat yang terbaik untuk diri aku kerana aku percaya diri aku adalah yang terbaik untuk aku.

Kepada kawan-kawan, salam sayang dan salam rindu buat kalian yang mengingati. Andai ada rezeki dan jodoh kita tetap bersama, kita pasti ketemu lagi... (Macam tak balik je?!) Selamat berjaya buat kalian juga. Mana-mana rakan-rakan TESL batch Disember 2003-November 2007, rasanya majoriti dah berjaya punya kerjaya masing-masing, tahniah dan moga berjaya.

Buat rakan-rakan lama SKPC (1991-1996) dan SMKPC 1 (1997-2001), selamat berjaya juga diucapkan. Most of us also have the career to pursuit as well, so good luck in every field.

Ehm... doakan yang terbaik buat aku dan buat kalian juga. Tak lupa aku doakan yang terbaik untuk dia yang jauh di sana... awak...(yes, you!).

Daa~~ for now...

ps: kelas pas ni nak ngajar pe ek?


No comments: