Salam Tahun Baharu 2011.
Walaupun lewat sehari tapi rasanya tak adalah lewat sangat kan? Tahun 2010 telah pergi dan kini datang menjelma 2011...
Semua maklum tirai 2010 ditutup dengan penuh bermakna oleh skuad pimpinan K. Rajagopal di Jakarta tanggal 29 Disember yang lalu. Rata-rata masih ramai yang bercakap tentang kejayaan yang amat dinantikan ini. TV pun macam tak jemu-jemu mengucapkan tahniah dan mengulang siar ledakan gol oleh pemain muda kebangsaan. Paling meningkat naik dengan mendadak adalah penjaga gol, siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat.
Dari tak ada siapa kenal, terus jadi bualan. Yang perempuan pula dari tak minat bola terus jadi minat bola... Adik saya pula:
"Woo! Ni sain kawe aku ni.. Sekelas nga sain aku dulu."
Chet! Kalau setakat kawan kepada kawan kau tak payah lah. Kalau kawan baik kau boleh juga aku tumpang glamor.. Kohkehkohkhe..
Tapi, anak muda Kelantan tu sudah berpunya. Comel juga buah hati pengarang jantung dia. Bila belek-belek baca blog dia di jejariruncing.blogspot.com, saya boleh rasa yang Cik Elia (kekasih Khairul Fahmi) ni seorang yang merendah diri. Walaupun buah hati kalbu dah terkenal, dia tetap kekal menjadi dirinya. Ehm, bagus bagus. Semoga perancangan tunang mereka menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Eh, apa melalut cerita orang ni. Kita terus dengan cerita saya.
2010 banyak meninggalkan cerita yang manis, pahit, masam, masin, tawar dan pelbagai rasa lagi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Boleh dikatakan hampir semua rakan-rakan meninggalkan zaman bujang pada tahun ini. Dari yang seorang jadi berdua, dari yang berdua jadi bertiga. Ada juga yang sudah lama mendirikan rumahtangga dan dah ada seorang anak, tambah lagi seorang penyeri hati. Bahagia semuanya.. Alhamdulillah.
Saya sendiri berjaya melangkah sedikit untuk meneruskan hidup dalam fasa yang baru bergelar tunangan orang. Hari tersebut merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup kami. Si dia sendiri mengakuinya, tiada yang indah melainkan saat melihat mama kesayangannya menyarungkan cincin ke jari manis saya.
Dalam perhubungan ada pasang surutnya. Setakat ini, Alhamdulillah, tuhan memberi izin dan restu untuk kami sama-sama bahagia dan gembira dengan hubungan ini. Mungkin ada sedikit kekhilafan yang mana semua orang tidak boleh lari, namun dengan fikiran yang matang, rasa kasih dan sayang antara kami, kepercayaan yang tidak berbelah bagi, restu ibu bapa dan keluarga, rasanya kami dapat mengharungi semuanya dengan tabah dan saling bekerjasama. Bak kata orang tua-tua, masa bertunang ni darah manis. Kena pandai mengawal emosi dan perasaan. Moga-moga ianya akan terus berkekalan selepas kahwin nanti. Insya Allah..
Insya Allah, kalau tiada aral melintang jodoh kami akan diperkukuhkan hujung tahun nanti. Ikutkan hati, sekarang juga kami mahu melangsungkan pernikahan. Malangnya, kami harus berkorban demi kerjaya dan keluarga.
Yalah, saya dah lah jauh di seberang Laut China Selatan. Persiapan bukan boleh dibuat sukahati. Kalau dekat bolehlah tiap-tiap minggu saya balik untuk uruskan. Hanya orang yang sabar dan tabah saja mampu mengharunginya. Percayalah. Si dia pun berulang kali cakap ; 'Tu la, orang suruh pindah tak mahu.' Bukan tak mahu, tapi memang tak dapat (err... harap-harap tahun ni dapat lah pindah, ameen). Walaupun macam dah kemaruk sangat nak kahwin, tapi bila mengenangkan tanggungjawab saya kepada keluarga belum tercapai sepenuhnya... berbelah bagi pula rasanya.
Sabarlah, sayang.
Oh, adik saya, Salwani telah pun selamat bergelar isteri kepada Faisal yang dikenalinya hampir 10 tahun. Akhirnya, satu misi telah selamat.
Itu kisah peribadi. Tentang kerjaya.
Orang kata, setiap yang manis akan ada pahitnya. Kalau dalam kehidupan peribadi saya banyak yang manis, maka dalam kehidupan kerja pula menjadi sebaliknya. Banyak hal yang tidak dapat saya selesaikan dengan jayanya. Banyak perkara yang berlaku tanpa diduga. Banyak benda yang saya tidak dapat jangka dan tidak mahu fikirkan walaupun itu satu tugasan. Pendek kata, prestasi saya agak menurun.
Untuk tahun 2011, saya tidak dapat beri jaminan. Saya masih di awan-awangan.
Peace.
Salam.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment