Salam
Hari pertama bersekolah... hua! Awal-awal pagi lagi dah terima berita yang tidak berapa saya gemar. Ada juga terselit rasa bangga maka tersenyum sedikit, tapi fikir jauh-jauh buat apa bangga kalau tak sempurna.
Dengar kata dan telah pun disahkan oleh tuan pengetua, saya akan dilantik sebagai Kaunselor Sepenuh Masa. Bunyi macam seronok. Ramai juga yang kata seronok sebab tak payah mengajar. Hakikatnya, sila berada di tempat saya baru boleh canang.
Saya suka kaunseling. Itu memang dari dulu lagi. Kalau tak, saya tidak ambil minor kaunseling. Baiklah saya berdrama swasta di atas pentas. Lagipula, kerjaya kaunseling ketika itu sangat sesuai dengan sikap introvert saya berbanding Literature yang memerlukan sikap extrovert.
Setiap kali dengar ceramah motivasi, saya mesti dengar dengan teliti. Saya suka baca tentang ciri-ciri yang ada pada seseorang. Saya suka tengok orang ramai dan baca gerak geri mereka. Malah, rasanya tidak keterlaluan rasanya kalau saya katakan, saya hampir-hampir boleh jadi mak nujum. Yalah, boleh baca gerak tubuh seseorang. Semua itu kerana saya selalu belajar. Bukan guna jin okey! Kalau orang bercerita tentang seseorang yang baru dikenali, saya boleh agak macam mana sifat dan sikap orang itu. Kiranya, kalau ada siapa-siapa yang sedang dipikat oleh seseorang tapi tak yakin dapat jadi pasangan ke tak, insya Allah saya boleh bantu selesaikan kemelut anda... Eceh!
Saya juga suka mengajar. Walau hakikat sebenarnya, pendidikan bukanlah pilihan utama saya ketika pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading. Namun, apa yang saya minat tidak ada jauh bezanya dengan apa yang saya miliki sekarang. Setelah hampir 3 tahun mengajar, saya sedar saya suka apa yang saya buat. Meskipun hakikatnya juga, saya bukan lah seorang guru yang cemerlang apatah lagi gemilang.
Ingatkan tahun ni dapat lah saya ubah cara pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas supaya para pelajar lebih tertarik dan lebih menarik hati mereka untuk belajar. Ingat juga tahun ni, tumpuan saya hanya di dalam kelas dan tidak yang lain. Saya benar-benar mahu fokus pada pengajaran dan pembelajaran. Tapi, nampak gayanya fikiran saya masih tetap bercelaru dengan kerja yang pelbagai nanti. Saya ni bukanlah multi tasker. Fikiran saya kena fokus pada satu sahaja (itu yang saya dapat tahu setelah bekerja pada tahun lalu). Sudahlah sekarang ni, ingatan saya semakin lemah. Saya pun tak pasti kenapa. Entahlah...
Tak dihitung lagi menyimpan rindu yang membara di dada... huwaaa!!
p/s :: Oleh kerana rindu yang tak tertanggung, maka penulisan terpaksa dihentikan dan saya mula menelefon si dia. Tapi tak cakap apa pun... diam saja. Alih-alih, dia macam bosan. Beberapa minit kemudian, dia telefon semula. Setelah dipujuk, maka saya mula bercerita tentang diri dan hari pertama bersekolah (macam budak tadika la pulak!). Dia hanya perlu bersuara... itu sahaja. Maka hati saya mula tersentuh dan sayu lalu mengangguk mengikut apa yang dikatakan. Dan hampir sejam kami berbual. Macam-macam topik. Ketawa, gurau senda, nasihat, pujuk, macam-macam... ah~ bahagianya... Ya Tuhan, permudahkanlah urusan kami.
Nak kahwin~~
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment