Salam
Penat. Baru lepas kemaskini blog semekap, muatnaik gambar-gambar yang dulu ambil masa berzaman baru boleh naik...
Hari ni mula cuti sekolah sempena tahun baru cina. Kalau ikutkan, smkaa tak cuti sebenarnya. Tapi, tiba-tiba pula cuti. Haihlah.. tak apa lah. Siapa tak suka cuti, kan?
Saya tak suka sebab bosan tak ada benda nak dibuat!!! Kalau ada yang bagi cadangan suruh pergi jalan-jalan, saya minta maaf. Tahun ini diharamkan berjalan-jalan-sukahati-menghabiskan -duit untuk Cik Nur Shahida.
Yes, you read me! Banned!
Kata nak kahwin kan... hehehe
Rakan serumah saya bercuti di Sarawak. Biarlah, Sarawak boleh tunggu... Kahwin tak boleh tunggu lama-lama... ahak! Gedik!
Semalam Keningau dilimpahi hujan. Sejukkkk~~
Petang ni pun Keningau hujan... dalam kebosanan ni, dalam kepenatan duduk di kerusi, saya rasa macam nak demam. Seperti biasa, saya ni bukan jenis suka makan ubat... dah rasa nak demam dari malam tadi, tapi keluar ke pekan tadi pun lupa nak beli ubat. Padahal dah masuk klinik, temankan KakYae, tak fikirkan pasal diri sendiri. Maka dengan itu, saya sangat sakit kepala sekarang. Nak pandang skrin pun dah rasa macam nak tercabut anak mata. Saya menaip tanpa memakai cermin mata ajaib saya, maka mata saya pun ajaib tak boleh melihat dengan jelas sekarang....
Err... lagilah sakit kepala kan?
Oleh itu, babai... takut saya mengarut lebih lagi...
Salam
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment