Salam...
Fuh! Hampir dua minggu entri 'Kemaruk' saya biarkan. Jadi, adakah saya sudah tidak kemaruk lagi apabila meneruskan entri yang lain? Oh semestinya kemaruk nak kahwin itu tetap wujud dalam sanubari seorang gadis yang jauh di perantauan ini. Cuma, marilah kita bersama-sama membaca cerita lain selain daripada kemaruk ini.
Cerita oh cerita...
Alhamdulillah, MokMudo selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada...alamak, lupa tarikhnya. Tapi yang pasti dikenang semua orang, seharusnya mereka sekeluarga bertolak pulang dari Newcastle-upon-tyne pulang ke tanah air for good. Walau bagaimanapun, bayi lelaki yang diberi jolokan Mohd John ini bertindak mengeluarkan dirinya daripada perut mamanya sehari sebelum tarikh pulang. Bijak bijak.
*PokMudo pernah bergurau, kalau dapat anak perempuan dan sempat lahir di UK, dia nak namakan Siti Mary. Kalau lelaki, Mohd John. Hahaha.. PokMudo memang lawak. Rindu PokMudo*
Mungkin ada yang tertanya-tanya, bukankah perempuan mengandung tidak dibenarkan menaiki pesawat? Ya, sememangnya begitulah. Sepatutnya, mereka dijadualkan pulang selepas Krismas. Malangnya, kepulangan mereka tidak diluluskan lantaran kandungan MokMudo yang sudah pun mencecah 8 bulan lebih. Tunggu masa saja. Tetapi, oleh kerana juga ada masalah di kampung halaman yang memerlukan PokMudo berada di samping keluarga, maka mereka berkeras untuk pulang. Kuasa Tuhan lebih mengetahui, tak dapat juga pulang. Rasanya seminggu dua lagi, baru dapat pulang betul-betul. Tunggu Mohd John berusia sebulan lebih dahulu.
Lupa pula, adik saya yang tengah si Salwani telah selamat bergelar isteri pada 5 Disember yang lalu. Aih, adik dah kahwin, kaklongnya? Hah! Sebab tu kaklongnya kemaruk.. oh, cukup cerita kaklong kemaruk, please. Rasa kelakar bila sebut 'Wani dah kahwin'. Rasa macam tak percaya budak senget tu dah kahwin. Tapi, dah sampai jodoh dia dulu. Alhamdulillah.. Tak ada lah asyik berkepit saja kan? Kaklong ni usahkan kata nak kahwin cepat-cepat, berkepit pun tak dapat. Setahun 2-3 kali saja jumpa. Itupun sempat untuk sejam dua. Nasib orang duduk jauh, bercinta pun dengan bukan orang sekampung... Asal bahagia, ye tak?
Eh, tapi hujung 2010 adalah kenangan terindah dan termanis. Juga perjumpaan paling lama sepanjang hampir dua tahun kami bercinta. Hehehe... Saban hari selama seminggu asyik jumpa si dia. Pagi petang siang malam, akhirnya dapat juga menghadap muka si dia. Makan sama-sama, tengok tv sama-sama, jalan sama-sama, sempat juga lah memasak untuk si dia dan keluarganya... Sungguh ku bahagia.. Malangnya, mati-mati si dia tak nak sentuh lauk kegemaran saya. Kot yea pun, buat-buatlah suka walaupun tak suka. Ikan singgang lah yang paling menyentap, pekena dengan budu, cili padi, ulam, nasi panas..pergh!
Paling istimewa, tepat jam 12 malam 24 Disember 2010. Tidak pernah diduga, tidak pernah disangka-sangka. Si dia merancang kejutan sambutan hari lahir saya. Kalau dari si dia saja, mungkin tidaklah terkejut sangat. Memang patut lah sebagai tunangan saya, sekali sekala si dia membuat kejutan sambutan hari lahir tunang kan? Ini dengan mama, anak-anak buah, kakak-kakak dan abang ipar dia sekali masuk men-surprise-kan saya. Huhuhu... terharu.
Eheh? Sekejap..err.. ini cerita jiwang saya lagi ke? Hoh, maaf.
Jadi, kita teruskan dengan laporan seterusnya.
Menurut ummi, hujung bulan ni seorang adik sepupu saya akan bertunang. Diikuti bulan 6 nanti, si kakak pula. Seterusnya bulan 8 (tapi bulan 8, bukankah Ramadhan?) si adik yang bertunang akan menikah.
Hoho, nak tak nak memang cerita jiwang nak kahwin yang akan keluar ni. Abaikan mereka. tak penting manapun.
Yang penting, saya rasa tahun 2011 bakal menjadi tahun yang menggembirakan buat diri saya. Hampir 3 minggu bersekolah, syukur saya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Untuk sampai ke tahap sempurna tu, saya tak berani jamin. Namun, segala tugasan yang saya jalankan berjaya dilaksanakan dengan baik. Syukur juga, budak-budak tingkatan 4 yang saya masuk mengajar tahun ini boleh dikategorikan baik-baik belaka. Kalau tahun lalu, saya agak putus asa kerana susah nak bagi budak-budak faham. Suruh salin nota pun liat, apatah lagi kalau bagi kerja rumah.
Tapi, tahun ni, saya rasa lega dan terharu kerana pelajar tingkatan4 2011 sungguh bagus. Walaupun liat-liat tu tak lepas dari pundak seorang pelajar, namun segelintir sahaja. Ramai yang berjaya menjalankan tugas sebagai pelajar.
I think the credits should go to their previous teachers for making them who they are.
Cuma sedikit pening di UBK untuk awal 2011 di mana pelajar-pelajar tingkatan yang sama berpusu-pusu nak tukar kelas. Alasan, subjek tu susah, subjek ni susah. Yang paling menghairankan, elok-elok belajar Kesusasteraan Melayu yang hanya perlu banyak membaca dan imaginari, nak tukar ke kelas Sains Sukan yang ada subjek Biologi? Aduih, budak-budak ni tak diberi pendedahan semasa tingkatan 3 ni tentang matapelajaran elektif. Saya malas mahu komen, nanti dikatakan pandai bercakap sahaja. (memang pun.. hahaha)
Saya juga dimaklumkan, dengan pindahnya beberapa orang guru dari SMKAA.. dengan ini sukacitanya saya akan dianugerahkan dengan 25 masa mengajar. Hoorey!
Sekarang masih lagi 15 masa. Tunggu jadual baru siap, automatik saya akan ambil alih lagi 2 kelas. Akhirnya doa saya termakbul untuk terus mengajar. Tugas di UBK tetap saya teruskan, cuma mungkin tidak aktif mana. Tolong sekadar yang patut. Pentingnya uruskan PRS sesi pagi.
Oh lagi satu.. MALASNYA NAK BUAT LATIHAN BOLA JARING!! jeritan batin seorang yang tidak pandai main bola jaring.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment