Pagi Jumaat ini sungguh cerah. Tidak panas dan sedikit berangin... Biasalah hujung tahun macam ni, petang nanti mesti hujan. Seperti semua para pendidik dan warga sekolah sedia maklum, kebanyakan sekolah telah mula bercuti sejak hari Rabu sempena AidilAdha lalu terus disambung untuk baki dua hari yang tinggal. Begitu juga dengan SMK Apin-Apin. Cuma semalam, masih ada beberapa tugas yang belum selesai. Mengikut jadual asal, hari Khamis ada pendaftaran untuk pelajar tingkatan 1 tahun hadapan. Jadi, kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak terutama sekali ibu bapa, program yang dirancang terus dilaksanakan mengikut jadual.
Tugas saya...eh, saya tukang menyibuk sebenarnya. Lebih kepada menguruskan pembahagian buku teks tingkatan 5 kepada kelas 4K menggantikan Cikgu Shufian yang pulang awal. Kemudian, saya menyibuk di kaunter koperasi di pendaftaran pelajar. Bosan~~
Apa saya nak cerita sebenarnya ni? Kejap, nak kena fikir~
Oh, saya nak beritahu yang Ben Bradshaw baru balas mesej di wall Facebook saya!!
Hahaha, gila lame.
Saya rasa ramai sudah yang kenal dengan Ben Bradshaw ataupun Baca ataupun Gigi Putih "Putih kan?". Kalau yang tak tahu, meh sini saya nak cerita sikit pasal mamat orang putih yang gigi putih ni.
Dia ni pernah kerja dengan gereja di Sabah dan Sarawak berasal dari Amerika Syarikat. Jadi, dia boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan sangat bagus. Walaupun Bahasa Melayu baku, tapi itu 100 kali lebih baik daripada budak melayu yang bertutur dengan macam-macam slang, mengaku melayu, mengaku orang Malaysia, tapi kalau ujian Bahasa Melayu... haram hancoos! Maaf kalau ada yang terasa atau serta merta kata saya tak sayang bangsa. Kalau itu yang kamu fikir, seribu kali kamu silap.
Mengenali diri sendiri, saya adalah seorang guru Bahasa Inggeris yang amat menyanjungi bahasa dan bangsa sendiri. Saya tidak kisah kalau orang kata saya guru bahasa inggeris tapi bahasa inggeris saya sendiri tunggang langgang. Saya tak berapa nak terasa hati (terasa juga lah sikit-sikit) kalau ada yang cakap saya sebenarnya tak layak jadi cikgu bahasa inggeris. Tetapi, saya amat sakit hati, amat sedih, amat kecewa kalau ada yang kata Bahasa Melayu saya tak bagus, Bahasa Melayu saya tunggang terbalik (selalunya orang tak sempat cakap, tapi saya sendiri yang cakap sebab saya akan cepat sedar kalau penggunaan ayat saya entah apa-apa) dan yang seangkatan dengannya.
Jadi, apabila Ben boleh bertutur dalam Bahasa Melayu baku dengan betul, saya amat berbangga menjadi orang Melayu amnya, orang Malaysia umumnya. Kalau orang Amerika yang cuma tinggal di Malaysia selama beberapa tahun boleh bertutur dengan baik, takkan kita yang seumur hidup tinggal di negara sendiri masih tunggang terbalik bahasanya.
Yang saya pelik sangat, kebanyakan yang memberi komen atau menghantar pesanan ke laman MukaBuku Ben bertutur dalam bahasa inggeris dengan kata-kata:
"wow, i'm proud to be malaysian. so glad that u can speak malay very well".
Derr... (tiru Adnan Sempit sat) Kalau kau bangga sangat, patutnya tunjukkan kebanggaan tersebut dengan memperkayakan lagi Bahasa Melayu. Dah sah-sah si Ben tu faham apa yang kau nak tulis. Dia sendiri dengan rela hati mahu belajar Bahasa Melayu, tak payahlah susah-susahkan diri nak tulis dalam bahasa dia.
Kalau ya pun kau nak belajar bahasa inggeris dengan lebih baik, betul-betullah.. Ini beriya nak belajar slang, nahu entah ke mana... yang kau belajar 11 tahun kat sekolah tu kau buat apa?
Hahaha! Cikgu sudah marah!
Okeylah, biar saya adil dan saksama. Agaknya mungkin yang memberi komen di MukaBuku Ben tu nak belajar Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Mereka dah cemerlang Bahasa Melayu A++. Biarlah Shahida~ Ben dah balas mesej kan? Apa yang nak dibebelkan lagi? Cikgu ni cemburu kot sebab diri sendiri tak mahir bahasa inggeris, lagi nak jadi cikgu bahasa inggeris... lepas tu, bila orang lain boleh bertutur dengan lebih baik, mulalah cari salah orang.. miahahaha..

Perasan tak gambar profil saya dengan Ben lebih kurang saja? Hehehe
Gilos!
Isyk.. abaikan perenggan-perenggan di atas. Sindrom kebosanan melanda. Oh, saya suka Ben tapi dia tidak saya jadikan kegilaan seperti budak Ryan. Sebab tujuan mereka menghantar video di TiubAwak adalah jauh berbeza. Kegilaan hanya untuk perkara-perkara yang entah apa-apa. Ben; seorang yang memberi ilmu. Mana boleh jadikannya kegilaan. Kegilaan? Dia tidak membuat orang gila, dia memberi ilmu.
Okey, cukup penjelasan itu cikgu.
Oh satu lagi. Ini khas kepada pelajar-pelajar saya.

Klik kalau nak lihat dan baca dengan lebih jelas. Sila beri tumpuan pada yang disegiempatkan berwarna merah. (nak kata bulat, saya tak bulatkan...uhuhu)... Tengok! Tengok! Itu yang cikgu selalu pesan kan? Kan? Mat Saleh sendiri yang cakap macam tu... hah! Baru nak dengar dan ikut kata cikgu?
Oh... saya tengah emo sebab esok baru boleh pulang bertemu keluarga tercinta sedangkan hari ini saya kebosanan yang teramat sangat. Sudahlah, astro kena potong, bila minta sambung katanya kena tunggu 7-8 hari lagi. Kami menunggu dari minggu lepas lagi sebab waktu tu katanya perkhidmatan tergendala sehingga raya haji... Adeh! Buhsan!
Baiklah, saya berhenti dahulu lah sebab tiba-tiba mengantuk. Lagipun dah tengah ma.. hari.. hehehe... cari makan dulu~~
Salam.
Peace.


No comments:
Post a Comment