Salam...
Saya betul-betul kepingin untuk menulis lagi. Jari jemari saya semakin keras apabila tiba bab meluahkan idea. Tapi hati saya meronta-ronta untuk meluahkan apa yang ada di dalam. Cuma, intepretasinya mungkin berbeza dan tidak kesampaian...
Hah!
Saya jarang sudah melawat Kapasitor.net. Kalau pun saya melawat, sekadar melihat di muka pintu, tinjau sekejap, sekadar mampu membaca buletin bulanan, sedikit komen kemudian saya melangkah keluar dari sana. Bukan hilang minat. Saya masih tetap sayangkan Kapasitor, tapi kerana kesibukan alam pekerjaan tidak sama dengan kesibukan semasa belajar dahulu, maka saya terpaksa abaikan salah satu cinta hati saya itu.
Sebelum ini ada pertandingan menulis cerpen bertemakan sejarah. Minat pada sejarah tidak bermakna saya pandai mengolah ceritanya. Buktinya, cerpen bersiri yang saya ikuti dulu hancur apabila tiba pada giliran saya...
Sekarang, pihak pengelola mengadakan pula pertandingan menulis cerpen berbentuk autobiografi. Kalau zaman sekolah dahulu, kita biasa dengan 'Aku sebatang pen', kali ini pihak pengelola mahukan garapan yang berbeza. Yang lebih segar dan mampu mengubah persepsi bacaan autobiografi. Kreativiti... Semacam ada idea tapi seperti biasa. Hujung tahun adalah musim sibuk saya.
Tinggal beberapa belas hari lagi untuk sesi persekolahan 2010. Sekarang, saya sibuk untuk menguruskan pembelian nombor unik ID UPU. Belian secara pukal. Lebih baik begitu. Alangkan orang dewasa selalu terlupa, apatah lagi remaja yang masih ingat nak bergembira. Takut nanti terlupa di mana letaknya nombor unik ID tersebut, saya masih ada salinannya nanti.
Aktiviti lain tidak sesibuk mana sebab pelajar sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun kecuali tingkatan 5 ada kelas seperti biasa. Tapi, ironinya di kala pelajar tidak menyibukkan diri dengan saya (pernah kah?) saya pula yang sibuk dengan urusan untuk mereka. Selain daripada pembelian pukal unik ID, mesyuarat bidang terakhir untuk tahun ini, majlis restu ilmu SPM, urusan tahun hadapan..
Tahun hadapan... hmm...
Awal tahun akan menjadi tahun paling mencabar bagi diri saya. Bakal menguruskan orientasi tingkatan 1 dan beberapa program awal tahun secara solo memandangkan rakan sekerja yang selalu bergandingan akan mengambil cuti bersalin. Tahun hadapan juga jumlah mengajar saya akan bertambah. Tiada masalah tentang pertambahan jumlah masa mengajar itu cuma saya kena belajar betul-betul tentang pengurusan masa yang lebih efisien. Tiada lagi istilah rehat... mungkin. Tiada lagi istilah rileks sebentar. Semuanya kena bergerak dengan lebih pantas dan berterusan. Tiada masa untuk duduk berfikir panjang. Semuanya kena serentak.
Bakal padat dengan jadual UBK dan mengajar, tidak ketinggalan saya bakal sibuk dengan urusan peribadi. Tuhan, permudahkan urusan hambaMU ini nanti...
Salam
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment