Salam semua!!!
Macam mana nak mulakan entri blog yang menarik? Saya tahu blog saya tidak menarik malah saya sendiri sangsi, berapa orang kah yang betul-betul mengikuti cerita saya. Atau mungkin kah saya syok sendiri? Well, perasan is my middle name. Enough said! Hahaha... Angkat jari siapa yang betul-betul baca blog saya ini.. Terima kasih!
Apa cerita saya hari ini? Hmm... rasanya lama saya tidak bercerita tentang cuti-cuti kan? Alahai, macam mana nak cerita kalau dah memang tiada cerita. Tahun ini agak jarang kami bergerak ke mana-mana untuk bercuti-cuti Malaysia.
Walaupun begitu, dua minggu kebelakangan ini memberi peluang kepada kami untuk keluar daripada Keningau.
Cuti 1
Berlaku pada hujung minggu yang lalu. Tanpa rancangan rapi, keputusan dibuat di saat-saat akhir. Hanya beberapa jam jarak antara keputusan saya dengan waktu bertolak. Dengan bajet yang tidak mencukupi namun saya gagahkan diri untuk turut serta dalam aktiviti mengembara ke Lang Buana.. hohoho.. Labuan daa!
Sebaik sahaja loceng berbunyi, saya terus menghidupkan enjin mr. jazzy dan bergerak pulang untuk bersiap. Dalam pada masa yang sama, hati saya sebenarnya masih berbelah bagi antara mahu ikut ataupun tidak. Memandangkan saya telah pun memberikan kata putus untuk ikut serta, maka saya gagahkan diri... segagah-gagahnya dengan poket yang lembik longlai...
Maka bermulalah perjalanan kami yang terdiri daripada saya, KakZahN, Azlin, Salzianah, Deavie dan Verona dari Keningau menuju ke Labuan melalui Jalan Kimanis yang super tinggi (dan menakutkan bagi pemandu pro seperti KakZahN apatah lagi pemandu amatur seperti saya) menghala ke Menumbok bermula jam 2 petang dan dengan kelajuan yang lebih sikit daripada minimum kurang sikit daripada maksimum (berlaku juga adegan seperti kejar mengejar antara Proton Persona dan Perodua MyVi) maka jam 4 tepat lebih kurang kami sampai di jeti Menumbok. Cukup-cukup waktu untuk feri menaikkan sauh dan belayar.
Sesampai di sana, oleh kerana kami merupakan statistik terbaru dalam laporan kemasukan kenderaan dan pelancong ke Labuan, jadi kami telah disenaraihitamkan untuk masuk... hoihoi... disenaraikan sebagai calon menunggu untuk masuk ke dalam feri. Sepatutnya kami menempah tiket terlebih dahulu beberapa hari sebelum keberangkatan ke bawah duli yang maha mulia... (sudah-sudahlah mengarut... kita teruskan)... Sepatutnya, tiket ditempah terlebih dahulu sebelum bertolak. Ini kerana kemasukan kenderaan ke dalam feri adalah terhad ok! Common sense saja tu, tapi seperti yang telah diwar-warkan pada baris pertama di dalam perenggan ini, kami tidaklah dapat memikirkan hal seremeh itu kerana kekurangan pengalaman.
Alhamdulillah, dikira dihitung dengan jasa baik pengawalnya, maka kami berjaya juga untuk masuk. Itu pun kereta Proton Persona berada betul-betul di barisan belakang. Paling buncit kata orang Sabah. Ngusut kata orang Kelantan. Angin senja di atas feri menuju ke Labuan adalah sungguh indah. Subhanallah!
Kembara kami bermula dengan pencarian tempat makan dan tempat tidur di kala hujan turun dengan lebatnya. Seusai makan, cari tempat untuk beradu... menginap di Beta Apartment. Cantik! Tingkat 16. Pemandangan mengadap ke bandar Labuan dan boleh nampak laut dari balkoni. Berpatutan bagi apartmen tiga bilik dengan setiapnya bilik air sendiri.
Pagi esoknya, kami mula bergerak untuk ke beberapa tempat pelancongan yang menarik di Labuan. Namun, oleh kerana kami adalah *ulang baris pertama perenggan ke4 dalam karangan cuti 1 ini*, maka kami telah banyak tersilap jalan. Masa banyak dihabiskan di atas jalan raya. Tetapi tidak mengapa, ini sudah menarik. Secara peribadinya saya berjaya menjejakkan kaki ke memorial terakhir dalam kembara menjejak Peringatan Perang Dunia Kedua (POW). Jika sebelum ini, peringatan perang di Kundasang dan Sandakan berjaya dilawati, giliran Labuan adalah yang terakhir.
Akhirnya, setelah dihitung dikira, kami membuat keputusan untuk terus ke jeti membeli tanda mata utama di Labuan; coklat. Oh ya, saya telah terkorban di situ. Masih ingat dengan istilah gagahkan diri dengan poket lembik longlai? Saya telah menggagahkan dan memberanikan diri untuk melonglaikan poket saya dengan pembelian sebotol pewangi untuk diri sendiri yang bernama Paris Hilton yang sudah lama menjadi idaman kalbu hati saya dengan bauannya. Di saat longlai itulah, saya masih lagi baik hati untuk membelikan sebotol pewangi Boss 'White Edition' untuk si dia. Oh, saya mahu dia berbau wangi dengan wangian kesukaan saya... ngehehe...
Habis membeli dan membelah jiwa, kami mencuba nasib untuk membeli tiket feri pulang ke Sabah. Malangnya, tiket sudah kehabisan. Kononnya, kami mahu jadi penunggu untuk jam 1.3o petang tetapi terlebih masa akibat aktiviti membeli belah jiwa tadi. Maka, kami berbincang dan membuat kata putus, kami jadi penunggu untuk jam 7 malam.
Sesiapa yang menjadi penunggu feri dikira sebagai siapa cepat, dia dapat. Jadi, kami terus menunggu walaupun jam pada ketika itu barulah lebih kurang 5 petang. Melepak di tepi jalan adalah aktiviti terakhir kami sebelum pulang ke Keningau.
Nasib kami baik kerana mendapat tempat ketiga dalam pertandingan 'siapa cepat beratur untuk naik feri terakhir pada waktu malam bersama segala lori tangki dan lori yang membawa tong gas memasak'. Hanya ada tujuh buah kenderaan persendirian. Yang lain hanyalah lori dan lori. Bayangkan... (oh oh... saya nampak 'dia'! Walaupun dalam proses untuk melepaskan apa yang tidak penting melainkan si dia, saya terdiam memandang 'dia'. ;-)
Perjalanan dari Menumbok bermula jam 9 malam. Bagi yang tidak tahu, perjalanan dari Menumbok ke Keningau adalah sangat mencabar. Manakan tidak apabila Proton Persona dihimpit oleh dua buah lori yang membawa tong gas pada waktu malam yang gelap gelita, adakah anda mampu ketawa berdekah-dekah? Ditambah lagi kiri kanan perjalanan hanya tanah yang gersang ataupun tapak bakal buka kebun kelapa sawit.
Berada di sekitar Papar, KakZahN mendapati tangki minyak sudah bertukar menjadi kuning. Alamak! Stesen minyak sudah tidak kelihatan. Bukit maha tinggi itu masih belum didaki. Jalan semakin gelap dan kami berada betul-betul di tengah-tengah hutan Banjaran Crocker! Namun, KakZahN adalah pemandu lebih pro daripada saya, maka kami selamat sampai di Keningau dan sempat mengisi minyak walaupun beberapa minit terlewat daripada kereta Perodua MyVi yang dipecut laju oleh Deavie.
Natijahnya, saya termengantuk awal selama 2-3 hari.... Hahaha... dan juga makanan ruji saya telah bertukar daripada nasi kepada coklat. Padan muka!
Kalau anda mahu berehat daripada membaca, silakan. Panjang kan? Huhuhuhu...
Cuti 2
Dalam memadankan muka sendiri, saya rupanya tidak serik dalam aktiviti atau operasi melembikkan poket yang sedia longlai. Minggu seterusnya, KakZahN dan KakHa membuat rancangan untuk ke Poring. Diikutkan kami pernah ke Poring tetapi pada waktu itu kami terlambat sampai dan tidak berkesempatan untuk meniti titian gantung. Hati saya berbelah bagi lagi.
Setelah saya melakukan perbincangan secara tidak ilmiah dengan si dia, di mana saya memaksa si dia menyokong perbelanjaan saya di sana... hahaha.. kejam tak?... maka saya menurut kata hati yang penuh hasad dengki tengok poket duduk diam.
Kami bertolak seawal jam 7 pagi hari Deepavali ke Kota Kinabalu. KakZahN ada urusan di Karamunsing sekejap. Oleh kerana urusan KakZahN tergendala di Karamunsing, maka kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Hasrat hati untuk berhenti makan tengahari di Kundasang sahaja. Walaupun tidak bersarapan dan menunggu masa untuk makan tengahari, saya rela sebab kalau sarapan lagi, makan tengahari lagi, poket saya menangis.
Menjelang jam 12 tengahari kami sampai di Kundasang. Banyak perubahan di Kundasang sejak kali pertama saya datang tahun lalu (atau dua tahun lalu?). Jalan-jalan masih dalam proses pembaikpulihan dan tidak bertar. Agak mengelirukan bagi yang pertama kali datang.
Selesai makan tengahari ditemani oleh angin puncak kinabalu, kami terus menuju ke Poring untuk aktiviti yang telah lama kami tunggu-tunggu.
Meniti titian gantung. Jungle trekking ke Air Terjun Kipungit dengan sandal cantik. Makan aiskrim setelah berpeluh dan penat mendaki dan menurun bukit. Tiba masa untuk mencari tempat tidur. Asalnya kami cuba untuk bermalam di chalet yang terdapat di Poring. Tetapi, sepertinya pihak yang berkenaan tidak mahu melayan kami orang Malaysia berbanding mat salleh dari entah mana negara. Akhirnya kami buat keputusan untuk cari tempat tidur di Kundasang sahaja. Waaa! Bersejuk-sejukan di Kundasang!
Hari masih cerah, cari punya cari punya cari punya cari punya tanya punya tanya... semua penuh!! aiyark! Cuti Deepavali ni pergi lah melawat kawan-kawan berbangsa India. Kami tiada kawan berbangsa India yang buat rumah terbuka, sebab tu kami menyibuk di Kundasang. Tak mungkin semua orang pun sama macam kami! Agugugugu.. Yang ada cuma studio chalet yang berharga RM 300 ++ semalam. Gilos!
Runding bincang, kami sepakat membawa berkat untuk turun semula ke Kota Kinabalu. Tetapi sebelum itu, membeli beberapa tanda mata dari Kundasang adalah satu kewajipan. Sayur-sayuran. Pertama kali saya mahu merasa asparagus. Tidak dilupakan, membeli enam kuntum ros merah jambu untuk diri sendiri. Meskipun ros merah jambu ini tidak akan memberi apa-apa fungsi secara material, tetapi saya tetap berpuas hati kerana itulah hadiah untuk diri sendiri di atas segala yang telah saya lakukan selama ini.
Saya rasa lebih berpuas hati memiliki enam kuntum ros merah jambu (saya mahu putih sebenarnya, tapi tiada) daripada memiliki sepasang kasut cantik. Entahlah... saya lebih tenang begitu.
Eh, eh.. Sambung.
Setelah habis di Kundasang, kami terus bergerak ke KK. Alhamdulillah, tanpa masalah kami mendapat tempat penginapan. Ok juga lah Tang Park ni. Pagi esoknya, kami ke 1Borneo untuk jalan-jalan habiskan masa. Awal-awal pulang pun bukan ada apa pun. Cuti masih ada sehari. Alang-alang di KK, habiskan waktu yang ada. Saya mencadangkan kami menonton filem Unstoppable. Malangnya, kami sampai di 1B jam 12 tengahari. Tayangan bermula jam 12.2o tengahari. Kami belum menjamah makanan lagi. Sekali sesi runding bincang, kami sepakat membawa berkat menonton filem animasi 3D Megamind. Memang tidak rugi! Kelakar tak ingat!
Sudah menonton, apa lagi. Pulanglah!
Hoh! Penat sudah saya menaip. Kamu yang membacanya tentu kebosanan juga,. Maka, sampai di sini saja cerita cuti-cuti kita untuk kali ini. Semoga ada masa boleh bercuti lagi, maka kita berjumpa lagi... Tata!
Salam.
Peace.


No comments:
Post a Comment