Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 December 2011

Sempurna

Salam.

Angka 7 adalah untuk memberi sesuatu peringatan atau mungkin juga turning point kepada saya.

20tahun yang lalu, saya memulakan alam persekolahan. Adakah saya akan menjadi seorang yang rajin bersekolah atau pun pemalas? It turned out that I was a lazy kid.. Biahahaha

10tahun yang lalu pula, saya tamat persekolahan. Adakah saya akan membanggakan kedua umi dan papa? Ataukah mungkin saya tidak mampu pun mengukir senyuman di wajah mereka? Alhamdulillah, umi dan papa tersenyum di atas kejayaan yang saya perolehi biarpun tidak secemerlang orang lain. Lebih baik daripada tiada kan?

Angka 7 untuk sekarang... Saya tersedar tentang satu perkara. Saya tidak sempurna walau apa cara sekalipun saya berusaha untuk menjadi sempurna. Ketidaksempurnaan ini membuatkan insan yang disayangi dan amat mencintai saya terluka. Oleh kerana tidak sempurna tetapi merasakan diri sudah cukup sempurna, maka saya telah menjatuhkan harga diri manusia yang cukup bernilai
dalam hidup saya.

Tanpa disedari, tindakan yang dirasakan untuk mencari kesempurnaan menjadi hancur berderai lantaran terluka dan kecewanya insan yang cukup sempurna untuk diri ini.

Ya, entri blog kali ini adalah berkenaan jiwa dan akan berjadi jiwang. Kalau rasa meluat, tak payah baca. Senang, kan? :)

Kejap, saya ada pembaca ke? Heee...

Tiada alasan yang kukuh untuk mempertahankan tindakan saya selama ini melainkan untuk mencari kesempurnaan. Saya rasa diri sudah cukup sempurna untuk dia dan perlu dia menjadi sempurna untuk diri saya. Walhal, yang sebaliknya. Si dia terlalu sempurna sehingga tidak tercapai akal ini untuk mengatasi kesempurnaannya.

Mungkin si dia tidak sesempurna orang lain. Mungkin juga tidak memenuhi ciri lelaki idaman yang diimpikan, tapi tatkala merenung diri sendiri.. Ternyata si dia sudah cukup sempurna. Lebih sempurna daripada diri saya sendiri.

Terima kasih sayang kerana menerima kekurangan diri ini. Walau seribu maaf ayang tuturkan pada abang, belum tentu dapat membasuh luka dan kecewa di hati abang. Kesilapan terbesar ini kumohon tidak berulang. Inilah sesalanku...

Love you so much, Khairul Imran.

Salam.
Peace.

No comments: