Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 December 2011

Kaya...p?

Salam.

Kevin a.k.a KevJumba adalah sangat comel sekarang ini. Arrgh!! Nampak seperti dia lagi comel daripada Ryan si Naga...eh, Nigahiga. Semuanya sebab dia berambut sedikit panjang ala-ala KPop... Ehm, terpaksa diakui, orang mata sepet samada berketurunan Korea, Jepun atau Cina adalah comel buat rambut begitu...

Oh, saya bukan peminat KPop.

Pernah tak orang beritahu anda tentang sesuatu yang bukan anda? Maksud saya, sebagai contoh, anda bukanlah oranga yang suka makan nasi lemak, tapi orang asyik mengatakan bahawasanya anda peminat nasi lemak. Semuanya gara-gara anda pernah membeli sebungkus nasi lemak kerana ingin mencuba... Tak faham? Kejap, saya pun rasa macam sukar difahami contoh ni...

Begini, ramai tahu saya adalah seorang guru. Orang kata, guru ni tak kaya tapi bolehlah hidup senang.. Tapi, saya tak tahu kenapa orang suka sangat kata saya ni cikgu yang kaya. Terutama sekali saudara mara dan kawan-kawan bukan guru. Berbual sikit, yang keluar dari mulut mereka..

'Alah, cikgukan kaya..banyak duit..elaun pun banyak, lebih-lebih lagi duduk di Sabah..'

Aarrgghh!!

SAYA TAK KAYA! Saya cuma murah rezeki... Alhamdulillah, Tuhan bagi rezeki yang tak henti-henti dan menyenangkan keperluan serta keinginan saya. Kalau saya kaya, tak perlu kot saya tunggu banyak minggu, banyak bulan untuk memiliki sesuatu. Atau, tak perlu rasanya saya kempunan, mengidamkan sesuatu dan merengek mengada-ngada.. Saya kan kaya, nak apa pun, tak perlu fikir panjang tentang DUIT!

Tapi, bila difikir semula saya taj boleh nak salahkan orang lain. Orang cakap apa yang mereka nampak. Hakikat di sebaliknya, mereka tak mahu tahu dan tak akan ambil tahu. Mereka nampak apa yang terhidang di depan mata dan itulah andaian yang akan mereka buat. Mereka bukan sesiapa untuk ambil tahu terlalu sangat tentang kehidupan kita.

Jadi, saya fikir untuk mengelakkan orang berkata sesuatu yang kita tak suka mereka kata atau sesuatu yang bukan kita, janganlah sesekali tunjukkan kepada mereka apa yang boleh mereka andaikan sendiri. Bukan kita berpura-pura, cuma orang kata hindarkan sesuatu yang boleh mengundang fitnah/andaian tak benar.

Atau... Anggap sahaja itu satu doa sekiranya itu adalah yang baik.

Baiklah, aminn... Insya Allah, saya akan kaya juga suatu hari nanti. Kaya harta, kaya ilmu, kaya adab sopan, kaya segala kebaikan.. Amin..

Salam.
Peace.

No comments: