Salam.
Akhirnya saya berjaya merealisasikan impian saya untuk memiliki sebuah tablet. Niat asal untuk bandingkan antara Galaxy Tab 10.1 dan Ipad2. Saja mahu banding-bandingkan dulu di depan mata walaupun secara hakikatnya ramai mencadangkan penggunaan Galaxy Tab 10.1. Dan niat pun memang nak ambil Galaxy sahaja... Tapi entah kenapa hati ni macam nak juga tengok Ipad2. Sekali bila dah tengok, tak fikir panjang lebar, terus sambar. Haish... Nak kata menyesal tak juga tapi ada juga menyesal sikit-sikit... Sebab niat lain, ambil lain... Tapi, nasib juga Ipad ni pun boleh tahan.. Harap-harap tidak mengecewakanlah....
Jadi, apa cerita sekarang ya? Ehm, selain daripada mengasuh anak buah si Irdina Sofea tu, sekali sekala naik ke rumah Mok, menjaga dia juga. Mok sekarang semakin lemah, semakin lupa apa yang berlaku di sekelilingnya. Orang kata, tunggu masa saja. Ada kala nya dia meracau, cakap yang bukan-bukan, nampak yang tidak-tidak. Kadang-kadang dia tak cam pun siapa yang ada di sebelah dia. Nasib juga dia sentiasa ingat saya.
Yang paling tak tahan bila dia tanya 'bila'. Maksudnya bila majlis saya akan berlangsung. Sebelum ini, masa di Sabah, saya pernah juga bermimpi dia tanya soalan yang sama. Orang kata, dia memang tunggu hari saya saja sebelum 'hari' dia tiba...
Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Yang pasti, apa pun yang berlaku, biarlah dalam keadaan yang baik-baik belaka.
Huih..nak tidur siang ni. Penat memujuk budak kecil yang suka mengamuk. Oh ya, gelaran budak kecil sudah ditukar daripada Syafiqah kepada Sofea. It seems like I have new favourite now... Uhuhu...
Jumpa lagi nanti...
P/s dah boleh update selalu, bila- bila masa di mana jua... Ahahaha..ehem.. Hii
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
ida,irdina sofea tu anak sape?wanie ke?
izyan aka miji
Yap.. Anak wani. :)
Post a Comment