Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

22 January 2012

Kemahuanku

Salam.
Okey, sebenarnya dah hampir separuh menaip tadi. Oleh kerana menaip guna encik lappy (cik lappy 'hangkang' terus..huhuhu), kemudian tidak pula diberi sokongan tambahan; bateri, maka hilang terus semua apabila bekalan elektrik pun tiada. Nasib baik ada benda alah yang hampir-hampir membuatkan saya menyesal membeli beliau tapi sekarang tidak lagi. Terima kasih adanya mrpadpad. Mrpadpad?? Kahkahkah. Habis semua nak bagi nama. Mrpadpad?? Pelik je bunyinya, siapa ada cadangan nama yang menarik sikit?

Tadi sebenarnya saya sedang berkongsi cerita tentang budak-budak saya. Tahun 2012 ni, buat pertama kalinya saya berkesempatan menjadi guru kelas. Alhamdulillah, buat masa sekarang mereka okey. Setakat banyak cakap, masih lagi saya boleh kawal. Belum ada kes ponteng kelas, yang mana saya berharap tidak akan ada sampai hujung tahun. Ameen..

Untuk separuh semester pertama, tumpuan saya kepada pelajar yang banyak mulut ni. Macam mana nak jadikan mereka talkative tapi untuk perkara yang berfaedah. Bukan sekadar menyampuk ikut suka tanpa berfikir panjang baik buruk. Dalam masa yang sama, saya cuba untuk membaca dan memahami bahasa badan pelajar yang pendiam.

Selalunya, pelajar pendiam ni yang kena diberi lebih perhatian. Kita tidak pasti apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka. Adakah mereka suka atau tidak dengan subjek yang diajar? Atau mungkinkah mereka suka atau tidak guru yang mengajar? Persoalan kedua yang perlu diberi lebih perhatian. Bukanlah bermaksud untuk menjadi favourite mereka. Kalau subjek yang mereka tidak suka, guru masih boleh ikhtiar pelbagai metodologi untuk menarik perhatian dan menjadikan mereka minat dengan subjek berkenaan. Kalau guru yang mereka sandarkan sebab nah... Nak buat orang suka orang agak susah.

Kalau baik sangat, berkemungkinan dia akan jadikan kita alas kaki. Kalau garang pula, ada kemungkinan kita menyemai lagi benih kebencian tersebut. Perlu berhati-hati kalau bermain dengan hati dan perasaan manusia. Kalau diganggu kucing beranak pun dia tahu marah, apatah lagi manusia yang cukup sifat jiwa rasanya.. :)

Untuk tahun 2012, saya harap akan lebih baik daripada sebelum ini. Selain masih mengajar subjek bahasa Inggeris; Alhamdulillah, saya masih lagi memegang jawatan sebagai setiausaha bidang bahasa dan penolong ketua panitia bahasa Inggeris. Kalau tahun sebelum ini, saya jadi setiausaha kelab staff tapi macam saya tak buat apa-apa memandangkan kelab staff pun tak adalah aktif sangat tahun lalu. Tahun ni, masih di kelab staff tapi saya diberi tugas sebagai AJK Kebajikan. Dengan pelantikan AJK tertinggi yang baru, nampak gaya macam kelab staff tahun akan bergerak dengan lebih baik.

AJK Kebajikan ya?? Wahahaha... Nak kena jaga kebajikan orang ni, kebajikan sendiri macam mana? Hehehe... Bulih bha kalau kau.

Tentang saya di bidang kaunseling. Serius saya sudah tidak mahu menjebakkan diri. Tolonglah. Cukup-cukup lah saya buat kerja yang bukan kerja saya. Ya, saya sendiri yang menawarkan diri
3tahun lalu. 3tahun saya melepaskan peluang menjadi guru bahasa yang bagus kerana ingin menjadi guru bimbingan dan ternyata saya tidak layak menjadi guru bimbingan. Apa yang saya jadi selama ini hanyalah guru program. Bukan itu yang saya mahu.

Selama ini rasanya tidak salah kalau saya katakan saya lebih banyak menurut kemahuan dan kehendak serta arahan orang. Kemahuan dan kehendak sendiri terpaksa saya ketepikan kerana waktu itu saya rasa itu juga kemahuan saya. Saya silap.

Macam mana saya tahu saya silap? Apabila setiap perbuatan itu diiringi dengan keluhan dan rungutan, maka waktu itu saya tahu saya tidak lagi ikhlas melakukannya dan ianya jauh daripada apa yang saya mahu.

Apakah yang saya mahu??

Saya mahu bekerja dengan tenang dan ikhlas. Saya mahu bekerja dengan senyuman sepertimana saya tersenyum kepada anak-anak pelajar biar pun mereka berbual hal yang tersasar daripada matlamat P&P. Biarpun, mereka sering buat saya marah. Tapi saya masih mampu tersenyum jujur dan ikhlas bila mereka berkelakuan baik. Bukannya tersenyum, namun dalam hati langsung tidak terselit kegembiraan. Yang ada hanyalah ingatan untuk menjadi pemberontak tatkala senyuman pudar.

Ha! Kan dah mula berpujangga!

Biarlah SKT saya tak cukup markah, asalkan gaji yang saya dapat halal. Apaguna buat kerja banyak-banyak lepas tu boleh jadi guru cemerlang ke, naik pangkat ke tapi tak ikhlas. Tak halal juga nanti gaji tu... Kan? kan?

Tapi bukan bermaksud saya malas nak buat kerja jadi buat alasan begitu. Kawan-kawan yang rapat tahu semalas atau serajin mana saya buat kerja. Jika diberi tugasan, insya Allah saya cuba laksanakan sebaik mungkin. Cuma ada sesetengah perkara tu telah dan boleh mengundang ketidakikhlasan dalam bekerja.

Okey, cukup dengan aura negatif. Marilah kita berpositiviti. Positiviti? Aktiviti berpose kah? Abaikan.. -__-"

Untuk hari ni, itu lah dulu. Nanti saya cerita tentang hal lain pula... :)

Salam.
Peace.

No comments: