Penat + legam + pedih + lenguh = puas hati.
Penat sebab dari seawal jam 6.45pg - 2.30ptg berada di sekolah di tengah panas. Legam sebab... tengah panas. Pedih sebab kulit kering dan menggelupus. Lenguh sebab menggunakan satu bahagian tangan berulang kali. Namun itu semua tidak mengapa dan puas hati sebab ianya untuk satu perkara yang memang diminati dan disukai.
PETANQUE Y'ALL!
Hee... Asalnya tak mahu main sebab tak ada kawan untuk bersama-sama memberi dorongan. Dengar kata pula kena melawan pasukan lelaki sebab penyertaan untuk pasukan wanita tak cukup. Tapi di saat-saat akhir, ada juga kawan untuk sama-sama bersorak. Maka, oyeah! Of course lah I join...
Tapi sebelum itu kebetulan sekolah ada buat sekolah ganti dan diadakan aktiviti KOKUM untuk menggantikan KOKUM yang tertangguh semasa bulan puasa. Alhamdulillah, seperti sebelum ini juga, untuk sukan Bola Jaring memang tiada masalah sebab saya sudah latih dan arah AJK untuk menguruskan sendiri tanpa perlu menunggu arahan. Kehadiran pun boleh tahan. Jadi, sementara menunggu perlawanan petanque untuk sukan guru, kita tengok-tengoklah dulu budak-budak ni buat aktiviti. Disebabkan kekangan tempat, maka tempat parkir menjadi sedikit sesak. Empat jenis sukan dan permainan berkongsi tempat iaitu bola jaring, bola tampar, sepak takraw dan olahraga.
Apa yang boleh saya komen, perjumpaan kali ini lebih baik daripada perjumpaan biasa yang diadakan selepas waktu sekolah (12.00tghari) pada tengah minggu (Rabu). Walaupun kedatangan keseluruhan mungkin kurang memberangsangkan tapi sekurang-kurangnya yang hadir itu melakukan aktiviti yang dirancang daripada ramai hadir tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Yalah kan, tengahari. Lepas P&P pula tu. Siapa yang nak main?
p/s : gambar-gambar di atas bukanlah lakonan semata-mata. Memang aktiviti berjalan dengan lancar.
Berbalik kepada petanque. Makanya saya ambil kategori individu. Untuk berpasangan KakZahN dan McLin sementara itu kategori pasukan (3orang) disertai oleh Mazreni, Alyseta dan Huda yang ditarik masuk di saat-saat akhir sebab tak ada orang. Uhuu..
Walaupun daripada 5 perlawanan tu cuma sekali saya menang tapi tidak mengapa sebab saya berpuas hati kerana hampir melemahkan semangat pemain peringkat kebangsaan. :D
Perlawanan pertama dengan guru lelaki dari SMK Keningau; kalah tipis 10-11
Perlawanan kedua... dengan cikgu Francis... angkat bendera putih. Masa tu saya sudah keletihan di tengah panas; 3-11
Perlawanan seterusnya juga dengan guru lelaki dari SMK Bingkor; menang 11-6..eh, ke 5.. ngee..
Masuk perlawanan keempat, panas menyengat, letih kering, perut lapar... semua ada. Kali ini saya lawan dengan guru perempuan dari SMK Gunsanad II. Mula-mula saya mendahului 7mata, kemudian apabila dia dah dapat rentak mengejar saya dengan 3mata sekaligus, maka saya kalah; 7-11
Akhir sekali. Inilah ni. Inilah saat yang saya bangga-banggakan. Ikut hati saya dah tak larat. Lapar bha!!! Tahu pula kena lawan dengan pemain peringkat kebangsaan iaitu Cikgu Effeh. Memang awal-awal lagi dah cakap;
CE : Saya bagi kalah cikgu 11-0 ya. Kami mahu menang johan ni.
S : Tak apalah cikgu. Saya redha dan pasrah di atas kekalahan saya nanti. Saya main-main saja ni.
Perlawanan pun bermula. Baiklah. CikguEffeh mendahului tak silap saya sebanyak 5mata. Tanpa disangka-sangka saya berjaya memecahkan mata apabila bola menutup dan mencium terus jet. Wahahaha...
Orang terer macam CikguEffeh boleh saja pangkah atau tembak bola saya, tapi semua tak menjadi. Oyeah! Oyeah! Oyeah! *pusingpusing gelekgelek*
Kemudian, sedikit demi sedikit mata saya kumpul. Sekejap dia ambil mata, sekejap saya ambil mata. Mood CikguEffeh nampaknya terganggu. Lebih-lebih lagi apabila saya berjaya menyamaratakan markah sebanyak 9mata! 9mata! Oi, lawan wakil negeri tu.
Dahlah tu, dia ingat nak kutip 2mata sekali gus tapi saya tetap melawan tak bagi can. Jadi, satu satu mata dia kutip sebelum mengisytiharkan diri menang. Saya kalah 9-11.
Oyeah! Habis main, jom ke rumah terbuka CikguBahlie dengan peluh meluh, muka berminyak dan bau yang tak tahulah orang tercium ke tidak. Lapar deh.. hee..
Sekarang... adehdehdeh... lenguh-lenguh mula terasa terutama di lengan kanan dan di paha. Hidung pun dah pedih dan menggelupas.
Oleh itu.. selamat malam. Sekian.
Salam.
Peace.


No comments:
Post a Comment