Masih dalam mood raya? Baguslah kalau ya. Jangan ditanya saya. Dari awal lagi mood itu tiada. Bukan tidak menghargai atau gembira dengan kehadiran Syawal, cuma ya... mood itu tiada.
Lagipun bak kata seseorang.. eh, saya sendiri sebenarnya.
"Want to celebrate raya like a loser? Call me..."
Yeap! Raya tahun ni membuatkan saya rasa macam the loser. Bukan macam The Biggest Loser yang kurang berat badan tu. Itu tak langsung. Maintan saja...
Maaflah, saya tak tahu nak luah dekat siapa lagi. Nasib ada cik blog ni, boleh tumpang mengadu. Nak bercerita pada si dia pun... haih... nak beritahu umi... hmm... Yda bebeh?... *sigh* Lagipun saya tahu berapa kerat sangat lah yang baca blog saya ni. Kalau yang terbaca tu, terima kasih sudi membaca. Tak payah komen apa-apa pun tak apa. Boleh juga sambil-sambil saya melepas gian menulis, walaupun mengarut entah apa-apa..
Saya rasa macam loser atau dalam bahasa pasarnya ntahapahapa atas beberapa perkara.
#1
walaupun dah bekerja bergaji tetap tetapi masih belum mampu memberi duit raya secara konsisten kepada ummi dan papa. Adik-adik toksah cakap. Memang tak lah...Yang dapat pun adik-adik sepupu dan anak-anak sepupu yang berumur 17tahun ke bawah. Itupun berapa sen sangat. Sekadar nak meriahkan raya mereka.
Makluman : bukan tak nak bagi tapi memang tak termampu atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Tahu ummi dan papa pun tak berharap. Dah sponsor barang-barang dapur pun sudah memadai bagi mereka...still it makes me feel like a loser.
Kalau ada yang cakap, tak payahlah bagi duit raya kat adik-adik sepupu kalau begitu gayanya.. ehm, I think itu pokok persoalan yang lain pula. Delima..eh dilema juga tu. Abaikan dulu.
#2
Dah ada kerja, boleh berdikari, ada lesen kereta... akan tetapi masih mengharapkan belas ihsan papa untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Sekali lagi, bukan sengaja ingin menyusahkan dia tetapi atas beberapa faktor saya terpaksa. And it makes me look like a loser. #3
Kalau orang tanya saya, seronok tak raya. Saya jawab raya saya sangat seronok sebab boleh tengok MHI Raya, Ketupat Rendang Kopi 'O', filem-filem yang belum ditonton atau sudah-tapi-ulang-tengok, konsert raya, konsert bukan raya, gameshow raya, kartun raya...err.. apa lagi? Pendek kata, memang semua rancangan di tv saya tengoklah. Terima kasihlah kepada semua pihak tv letak banyak-banyak program di hari raya sebab ada juga faedahnya untuk orang macam saya... yang tak beraya. Laaaagi sekali, bukan tak nak beraya tetapi kerana kekangan dan faktor yang ... tidak dapat dielakkan. Hmm... LOSER!#4
Tahun-tahun sebelum ni ada jugalah saya beraya sekurang-kurang ke rumah Noor atau Izyan. Atau dua-tiga kawan sekolah yang rapat.. dululah... sekarang? Kalau tak balik rumah mertua, mereka pergi beraya dengan suami dan anak(-anak). Gila kot nak tumpang sekaki. Nasib ada Nana.. itupun saya mengekor dia ke rumah kawan dia yang saya tak kenal. Kawan kami berdua... err... macam saya beritahu di baris atas sikit tadi. Get it?Ehm.. itu serba tak berapa nak ringkas cerita raya saya. Kita nak tukar cerita sekarang ke entri yang lain?
Saya pergi buka entri baru untuk cerita lain pula ya. Terima kasih.
Salam.
Peace.


No comments:
Post a Comment