Salam.
Saya bukan malaikat. Anda semua juga malaikat. Kita hanya manusia biasa yang ada naik dan turun dalam mengharungi perjalanan kehidupan. Ada kala kita rasa ingin menjerit dan memaki hamun sesiapa sahaja yang berbuat kesalahan kecil hanya kerana kita tidak dapat mendaki jalan hidup yang berliku. Bukan salah orang lain, namun kerana kita bukan malaikat, kita teralpa untuk melupakan dan memaafkan kesalahan kecil orang lain.
Saya bukan malaikat. Anda semua pastinya juga bukan. Andai ada yang bersifat seperti malaikat di dunia ini, sesungguhnya ia satu dalam sejuta. Jujurnya belum pernah saya temui.
Kadangkala apabila melakukan kerja gila, ianya mampu menghadirkan kewarasan dalam fikiran yang bercelaru. Tatkala diri hampir tersasar dari landasan lalu bangkit tersedar, maka ianya lebih bermakna. Biarlah muka tertampar dek kesilapan sendiri, bukannya tersungkur diperangkap orang. Tak faham? Saya pun... hahaha...
Beginilah, saya tak mahu berfikiran positif hari ini. Boleh? Biarlah sekali ini saya fikir negatif. Boleh kan? Penat apabila kita positif tapi hasil yang diterima adalah negatif. Penat memberi alasan pada mereka yang memberi impak negatif tersebut semata-mata untuk meneutralkan keadaan. Ini bukan kertas litmus merah atau biru. Ini kehidupan. Ada waktu ianya tidak dapat dineutralkan.
Saya suka buat kerja gila. Ya, kerja gila seperti yang akan saya lakukan dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi. Kerja gila seperti yang pernah saya lakukan bersama kawan-kawan setahun yang lalu. Kerja gila yang pernah saya sendiri lakukan sedikit waktu yang lalu bersendirian. Kerja gila di mana keadaannya adalah tidak dirancang dan sebenarnya tidak membawa faedah kepada diri saya sendiri apatah lagi kepada orang lain. Langsung tiada kaitan sebenarnya. Tapi, apabila terlaksananya kerja gila tersebut saya merasakan seperti berada di suatu tempat yang gelap dan lampu sorok tersuluh ke arah saya lalu tangan didepa setingginya sambil mendongak ke langit. Senyum.
Highlight of my life!
Puas!
Mungkin cara saya salah. Mungkin orang mengatakan saya gila.. Hey! Saya memang melakukan kerja gila, jadi ya! saya gila! Biarkan. Biarkan orang kata saya gila. Apa saya peduli yang penting saya buat untuk mendapatkan kembali kewarasaan. ^__^
Oh, betapa saya rindu untuk menaiki roller coaster bersama Yda seperti tahun-tahun sudah dan menjerit bersama-sama melepaskan tekanan. Tak apa, babe. Tahun ni kita menjerit dalam stadium. You don't need to control me, you know how much I need that scream. Besides, I have my si dia. He'll do that for me. You, join me.. hehe..
Tengah tensen tahap cipan-pun-tak-tensen-macam-ni apabila bertubi-tubi hadir perkara yang saya rasa macam kerja-aku-kah-ini-? dan juga macam apasal-aku-pulak-? punya hal datang. Termenung panjang saya tadi apabila mendapat panggilan dan seolah-olah dimarahi padahal orang yang menelefon saya tadi cuma bertanya dan meluahkan perasaan dan saya tahu dia pun sakit kepala dan keliru apa nak dibuat. Yang menjadi persoalan, apasal saya yang kena? Itu bukan urusan saya. Saya cuma menurut perintah. Saya sendiri tidak tahu apa-apa kecuali tugas saya yang saya anggap sudah 98% selesai.
Kalau tugas-tugas lain, orang lain lah pula. Nanti, kalau saya yang uruskan semua kata saya buat kerja seorang diri. Macam gila kuasa lah pula. Sekarang saya rasa dah macam gila kuasa dah. Walau tak semua tapi tensen mengalahkan orang yang berkuasa besar. Bagus kalau ada kuasa kuda. huh!
Bunyi macam perasan mungkin. Tapi lantaklah. Saya rasa macam saya saja yang tahu apa tugas saya malah melampaui tugas sebenar. Kenapa beberapa orang yang berkenaan tidak tahu dan tak mustahil sebenarnya menolak tugas yang diberikan? Sebab ingat saya senang kena buli? Tak juga. Saya gila kuasa? Entah, mungkin. Saya perasan sahaja sebenarnya? Tak pastilah. Boleh tak saya nak buat bodoh macam seseorang yang baru sahaja selesai kerja dia? Senang, buat bodoh. Orang tanya, jawab sahaja tak tahu atau bukan kerja saya. Ehm... Dia tak buat bodoh kot, mungkin dia memang tak tahu spesifikasi kerja... atau mungkin saya yang terlebih rajin@pandai? Gila kuasa, kan? Darn it!
Apa akan jadi kalau saya betul-betul jadi macam robot. Tak ada perasaan.
Ya. Baiklah. Siap. Okey. Selesai.
Tak perlu bertanya apa-apa. Tak perlu senyum. Tak perlu risau. Tak perlu memahami. Buat sahaja mengikut arahan. Dengan erti kata lain, kalau arahan tak jelas, maka itulah sahaja hasil yang saya berikan. Agak-agak saya kena marah tak? Ehm, robot sebenar takkan kena marah. Paling-paling pun kena tutup suis. Buang. Senang. Oh, alangkah indah andai diri ini 'dibuang' sahaja. Kalau kena marah pun, tak ada hal sebab robot mana ada perasaan. Hahahahaha...
Tapi saya manusia, anda semua manusia. Ada hati dan perasaan (walaupun gila). Tetap terasa andai disentuh. Ingin memperbetulkan keadaan jika dikata salah. Ingin menjernihkan jika dikata keruh. Cuma seperti di awal tadi, saya bukan malaikat. Kita semua bukan malaikat. Ada kala ingin berlari keluar dari perasaan yang dikawal. Sekali sekala ingin berlari keluar membebaskan diri dari kewarasan.
Jadi gila untuk sehari, apa salahnya kan?
@___@
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment