Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

18 September 2011

hujung

Salam.

Isyk.. rasa macam menyusahkan pula nak kemaskini entri baru ni. Macam banyak songeh. Ehm.. tak apalah. Tak penting pun sebenarnya. Yang penting cerita tetap disampaikan. Kan?

Baiklah. Apa ceritanya? Ehm... ada cerita kah? Hebatkah? Menarikkah?

Hari Khamis yang lalu diadakan Sambutan Majlis Kemuncak Bulan Kemerdekaan RIMUP-Raya 2011 peringkat sekolah. Seperti biasa, jawatan tetap dan berpencen tanpa gaji (kalau saya jadikannya kerjaya sampingan dan menuntut gaji, boleh kah?) sebagai pengacara majlis. Di saat-saat akhir terasa seperti pengacara profesional pula apabila mengacara sambil berjalan... wahahaha... Kenapa? Sebab mikrofon tak cukup, terpaksa bergilir dengan peserta persembahan... hehehe...

Seperti biasa, tak seronok sesuatu majlis kalau tak ada cerita-cerita yang menarik... *sarcasm detected*. Satu sahaja yang saya ingin tambah, nak bercerita apa pun siasat dan tanya orang yang berkenaan. Bukan main cerita. Bukan terus menyampaikannya dari mulut ke mulut sedangkan tuan punya badan terduduk tidak dapat berkata yang benar lantaran yang tidak benar lebih dulu menular. Walau apapun alasan yang diberikan, tidak profesional rasanya berkata tanpa menyelidik. Dalam skala yang lantang pula tu. Nampak sangat dendam yang menguasai diri kepada yang lain dan orang lain pula menjadi mangsa.

Akibatnya, sayaaaaa juga yang menanggung akibat! Sakit jiwa fikir nak selesaikan masalah lain yang sebenarnya tiada kaitan tetapi tuan punya badan sudah menolak untuk bekerjasama lantaran peristiwa itu. Macam mana saya nak jawab ni! Adoi!

Tutup dulu cerita lama. Kita cuba korek cerita baharu. Minggu depan makanya, hujung minggu saya sudah tidak dapat berehat dengan aman dan gigih lagi. Mulai Jumaat-Ahad minggu depan ada program bermalam di sekolah di mana sekali lagi... saya diberi peranan tetap dan berpencen sebagai setiausaha. Sepatutnya penolong sahaja, tetapi semasa mesyuarat pertama, setiausaha I tiada, maka secara automatik... (ini kalau minta gaji pun bagus ni... ok, ada unsur tidak ikhlas di situ.. ehmm.)

Kemudian, hujung minggu lagi satu, berkemungkinan... sebab belum pasti lagi secara sah, saya akan ikut bertanding petanque di UiTM Kota Kinabalu bergandingan dengan CikguEffeh. Wah wah wah...susah jadi insan glamor ni... hahaha... Ingat dia main-main ajak berganding dengan dia dalam kategori campuran tapi macam serius. Kemudian, KakZahN kata CikguJaidi pun 'menempah' saya untuk ikut pertandingan yang sama. Hari Khamis hari tu, CikguKhairul selaku Pengerusi Kelab Petanque Keningau mengesahkan... mengesahkan okey! Tak tanya sendiri pun lagi... mengesahkan saya akan  berganding dengan CikguEffeh. Saya okey sahaja asal ada kawan bersama. Harap-harap KakZahN pun ikut sama atau saya tarik McLin.. Hehe..

Hujung minggu seterusnya... huihuihuihui... tak sabar tak sabar tak sabar... Will meet those lads!! Hoyeah bebeh! Eventhough will only watch them from far... well, let's hope that Gold seat ain't that far away. But, I'm prepared with my brother's binocular. Hah! Nasib baik dia terbeli dulu... alang-alang dia tak guna, saya ambil.. Ahak.. Tak minta izin pun, hehehe...

Hujung minggu seterusnya? Oh itu saya belum tahu lagi. Jadual masih kosong buat waktu ini tapi di waktu itu rasanya nanti akan sibuk dengan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan akhir tahun. *tengok kalendar*

Gulp!


Gasp!

Ada dua perkara bermain dalam minda. Budak-budak SPM dan satu lagi tatkala terpandang kalendar ternampak dua tarikh yang bertanda pada bulan November. Hmm... nampaknya tarikh tersebut terpaksa dibatalkan dan diubah ke tarikh lain.


Kalau tak dibatalkan, tak sampai dua bulan pun lagi dan sudah tentu sekarang ini saya tengah kalut dan sibuk menguruskan bertelefon ke sana ke mari dengan umi dan bergaduh beza pendapat atau senyum sepakat dengan si dia. Tak mengapalah. Belum ada rezeki lagi. Insya Allah, tahun depan rezeki ada. ;)

Harap-harap permohonan pindah diluluskan dan Tuhan memudahkan urusan kami. Tuan Pengetua pun lepaskanlah saya. Bagi peluang pada orang lain pula. Saya pun bukannya bagus, propa sahaja lebih. Orang macam saya, cakap saja lebih. Kerja bukan bagus pun. Ada lagi yang lebih bagus. Biarlah saya kena buli tempat lain pula. Lama-lama nanti, takut tak ikhlas pula kerjanya. Lagi tak syok...;)

*kononnya perasan bagus lah ni.. hahahahaktuih*

Saya berhenti dahulu. Macam sudah bercampur gaul dah cerita ni.

Salam.
Peace.

No comments: