Semenjak dua menjak ni saya sedar yang saya semakin jarang mengemaskini blog dengan kadar yang memberansangkan. Sibuk campur malas.
Entri kali ini saya nak qadha janji saya dengan budak-budak. Tentang kemenangan kami di Pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat daerah 2012.
Ceritanya bermula lebih kurang sebulan yang lalu. Semasa sibuk menguruskan budak-budak bola jaring, saya dan Carol juga menguruskan budak-budak drama. 2 dalam 1. Dalam dewan tu urus dua hal. Atas pentas jerit budak drama, berpaling ke bawah pentas, jerit budak bola jaring. Penat. Tapi itulah tugasan kami dari tahun lepas.
Habis bola jaring, sibuk kami bertungkus lumus memastikan drama tahun ni menjadi. Pasal bola jaring, saya KIV dulu. Tak ada tauliah saya nak cerita lebih. Drama lain sikit. Minat dan tugas hakiki. Maksud saya, berdrama itu adalah perkara biasa bagi seorang guru. Apatah lagi guru bahasa. Hee..
Sepanjang latihan drama tu, macam-macam emosi terjadi. Marah, geram, sakit jiwa, penat, letih.. tapi penghujungnya kami mahu yang terbaik daripada 15 pelajar ni. Sempat juga saya mencipta gosip tentang mereka. Sahaja nak hilangkan bosan selepas penat bagi tunjuk ajar... Hmmm, sebenarnya Carol yang banyak bagi tumpuan kepada mereka. Saya tak berani nak campur tangan sangat takut idea bercanggah, budak pun pening. Mana yang rasa agak tak sesuai atau ada yang perlu sangat ditokok tambah, baru saya bersuara.
Setelah bergelumang dengan pelbagai emosi, akhirnya tanggal 29Februari2012, kami bergerak ke SMK Gunsanad 2 untuk mengikuti pertandingan yang disertai oleh 7 buah sekolah sekitar daerah Keningau. (Dah macam laporan panitia pula). SMK Apin-Apin harus bersedia pada giliran yang ketiga selepas SM SFX dan SMK Keningau.
Err... nak perasan sikit. Idea asal adalah daripada yours truly.. ehem.. kemudian, hasil perbincangan bersama maka terhasillah naskhah ringkas 'Karma'.
Nak dijadikan cerita, malam sebelum pertandingan tersebut, saya ada bermimpi. Ya, percayalah. Saya bermimpi kami mendapat tempat ketiga. Bukan lah saya percaya sangat kepada mimpi-mimpi ni... tapi, saya amat percayakan kata hati saya. Selepas bermimpi, kata hati saya memberitahu bahawa kami memang akan mendapat tempat ketiga. Tapi, sepanjang pertandingan berlangsung, saya tak memberitahu sesiapa tentang mimpi saya.
Sehinggalah ketika majlis penyampaian hadiah dilakukan....
Saat pengacara majlis memanggil sekolah-sekolah lain untuk menerima sijil penyertaan, dan nama SMKAA belum dipanggil, maka terdetak di hati saya. 'Ah! Mimpi bakal jadi kenyataan..!'
Namun begitu, ada sesuatu yang langsung tidak terjangka oleh kami...
'The winner for Best Prop goes to.... KARMA'
Karma menang... hah? Karma menang Best Prop? KARMA MENANG BEST PROP!!! Alhamdulillah... Memang tak tersangka. Dengan prop yang sangat ringkas.
Penghadang sebagai membezakan dua waktu/tempat. Beberapa buah kerusi dan dua buah meja. Sebiji almari buatan sendiri daripada kotak kosong, TV daripada kotak walaupun sekarang orang guna TV LCD yang leper, TV kami masih lagi besar gedabak. Dan beberapa prop kecil seperti pistol, pisau (mainan) dan minuman. Ehm... kostum pun main pakai yang ada asal sesuai. Tak seperti sesetengah sekolah yang beria buat prop, beria-ia jahit kostum.... Tak, kami buat apa yang ada.
Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan 'less is more'.
Waktu itu, kami sudah yakin yang SMKAA sudah pun ada dalam top3. Melihatkan calon-calon Top3, kami semakin yakin tempat kami boleh naik ke tangga nombor 2 tapi... mimpi saya jadi nyata dan kata hati saya membenarkannya... kami cuma di tangga ketiga dan itu pun sebenarnya cukup menggembirakan kami.
Lebih manis sebab kami menang Prop Terbaik. Sungguh tidak tersangka-sangka. Serius sampai sekarang kami masih membincangkannya sesama kami, macam mana SMKAA boleh menang Best Prop. Rezeki. Alhamdulillah.
| Rehearsal day. |
| Making - up the actors/actresses. |
| The bride and the doll/waitress |
| The bride, the jealous ex boyfriend and Mr. Inspector |
| 2nd Runner-Up and The Best Prop! |
p/s: Video will be uploaded as soon as possible.
Salam.
Peace.


No comments:
Post a Comment