Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 April 2012

Dia pergi jua.

Salam.

Kalau diikutkan mood memang langsung tak ada nafsu nak menaip. Tapi,saya perlu kongsikan satu kisah dengan anda. Atau sebenarnya saya perlu taipkan di sini untuk tatapan memori saya suatu hari nanti.

Tanggal 29 Mac 2012, lebih kurang jam 11 pagi, saya menerima panggilan daripada pejabat pos Keningau. Excited! Itu yang saya rasa sebab saya memang menantikan dua bungkusan. Satu daripada Buku Fixi iaitu novel Kelabu karya teman Kapasitor Nadia Khan a.k.a Neddo dan satu bungkusan lagi saya menanti daripada teman sepengajian Che Eme, iaitu beg yang dia jahit sendiri. Walau bagaimanapun, saya sudah jangkakan bungkusan yang diterima adalah daripada Buku Fixi memandangkan Che Eme kata, dia akan sedikit terlewat mengepos beg.

Maka, jam 2petang saya terus ke pekan dan tepat telahan di mana Kelabu telah selamat tiba. Yeay!

Dalam keghairahan menerima Kelabu, dalam perjalanan menuju ke kereta, saya menerima satu lagi panggilan. Kali ini daripada adik saya, Wani. Tanpa perlu berkata apa-apa, cukup dengan esakan suara dia, saya sedar apa yang sedang berlaku. Insan yang terlantar sakit seminggu yang lalu telah pergi ke Rahmatullah.

MokBesar dah pergi untuk selama-lamanya. Sayu hati tatkala menerima berita sedih. Setelah seketika, saya cuba menelefon papa. Yang disambut hanyalah tangisan, seterusnya telefon diserahkan kepada PokLong. Awalnya, pengebumian akan dilakukan pada awal pagi keesokannya, PokLong memberi kata dua, kalau nak balik, jangan teragak-agak.

MokBesar bukan saudara jauh. Dia ibu kepada papa. Dia nenek saya. Kami tinggal bersebelahan. Tidak seperti anak cucu yang lain, setiap kali cuti memang wajib kami bertemu. Malah yang selalu menjaga makan minum dan pakai arwah adalah adik bongsu saya, Syafiqah. Dia yang paling rapat dengan arwah berbanding cucu-cucu yang lain. Jadi, tanpa berlengah saya buat keputusan muktamad, pulang malam itu juga.

Kalau ikutkan sewaktu umi sampaikan berita MokBesar masuk wad, saya sudah berkira-kira untuk pulang. Sekurang-kurangnya biar sempat dikucup dahi arwah. Tidak mahu pemergiaannya sama dengan pemergian MokSuZa; langsung tidak sempat.

Namun, dalam perjalanan ke KK, Wani menelefon lagi sekali. Katanya arwah akan dikebumikan malam itu juga. Paling lambat jam 11malam. Terkilan. Sungguh terkilan. Tapi, saya redha saja. Lagipula, memang sudah jangka hal begini terjadi.

Sampai di rumah awal pagi, suasana memang redup. Wani dan Syafiqah masih bengkak mata. Wani masih termenung di tangga dengan linangan air mata. Manakan tidak, mereka berdua yang paling rapat. Wani paling sayangkan MokBesar yang selalu jadi tempat dia mengadu. Syafiqah yang pasti akan merindui MokBesar, rakan dia berbual setiap waktu petang.

Tiada sebab lagi untuk naik ke rumah besar itu setiap kali cuti. Paling-paling pun, jumpa To'che sekejap kemudian buat urusan sendiri. Selalunya, sampai saja dari Sabah, jumpa Mok, tanya khabar, berbual sebentar... Urus makan minum dia kalau perlu... Hmmm...

Paling terkilan, arwah tak sempat pun tunggu majlis saya. Padahal, tiap kali pulang pasti dia bertanya bila.

Bila majlis? Sempat tak Mok nak turut serta?
Sempat, Mok. Sempat-sempatkan... Mok jaga makan, jangan lupa makan ubat...sempat sangat. Tunggu kita balik ya Mok...

Mimpi semua tu. Tak sempat pun. Hilang satu tempat dalam gambar majlis saya nanti. Ingatkan nanti, gambar kami akan lengkap. Ada umi dan papa, to'ayoh dan mek, to'che dan mok. Tapi...nampaknya tempat mok kosong.

Ah! Sudahlah. Sebak dah ni. Dah lah di hospital ni. Orang ramai.

Ehm... 3hari selepas pemergian MokBesar, umi pula kena masuk wad untuk buat pembedahan kecil
buang lebihan batu karang dia. Jadi, alang-alang saya temankan umi di hospital. Alang-alang juga, Khamis (5Mac)cuti peristiwa sempena cuti Good Friday; Jumaat (6 mac), jadi saya cuti terus seminggu... Kalau tak ingat esok dah nak balik Sabah.

Nak balik pun satu hal, kad kredit kena blok sebab tak bayar hutang... Jadi tak dapat lagi beli tiket pulang. Hah!

Ehm...

Salam.
Peace.

No comments: