Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

11 February 2012

Sesuatu untuk dipelajari.

Salam.

Saya ada menonton video yang diposkan oleh seorang bapa di Youtube. Video tu lebih kepada peringatan kepada remaja-remaja lain tentang bagaimana menghormati orang yang lebih tua dan kepada ibubapa untuk sedar bahawa anak-anak ni perlu dipantau.

Sedikit penerangan, si bapa terjumpa nota dari anaknya yang diposkan di dinding laman Facebook yang mengandungi banyak kata-kata kesat kepada ibubapanya. Si anak perempuan yang berusia 15 tahun menyangka bapanya tidak akan membaca nota tersebut kerana telah menghalang ibubapanya daripada masuk ke Facebook dia. Walhal, dia benarkan rakan-rakan di Facebook membaca sesuatu yang tidak baik tentang ibubapanya sendiri. Kononnya cool la..

Tapi, orang kata sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Bapa ni, segarang mana pun dia, tetap ada rasa sayang pada anak dan inginkan yang terbaik untuk anak dia. Jadi, dengan baik hatinya, si bapa berhabis ratusan dollar untuk membaiki dan memasukkan perisian baru dalam laptop si anak. Jadi, secara tak langsung dapat akses ke laman Facebook tersebut lalu terjumpa nota itu.

Anda tonton dan dengar sendiri penjelasan si bapa.

Boleh nampak macam mana menggeletarnya si bapa menahan geram dan marah apabila anak yang disayang, dibelai, diberi segala-galanya, menyumpah seranah. Bukan sekali dua berkompromi dengan perangai anak yang suka menyumpah ni...

Adik-adik...

Hormatlah ibu bapa anda.





Salam.
Peace.

No comments: