Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 October 2011

mood

Salam.

Sebenarnya bukan dalam mood berblog tapi perlu juga supaya dialih fikiran yang meracau dan mengganggu ini. Ehm...

Minggu ni masuk minggu kedua saya tidak berehat secara total di hujung minggu. Maksud berehat secara total di sini adalah menggelupurkan diri di atas katil serta tidak sedarkan diri melebihi jangka waktu yang tidak sepatutnya. Ahah! Bukan pengsan tapi sengaja memengsankan diri. Nampaknya, tidak untuk dua minggu kebelakangan ini.

Jika minggu sebelum ini, saya dan beberapa rakan sekerja kalut dengan program sekolah yang memerlukan kami bermalam di sekolah, minggu lalu pula saya dan McLin ke KK untuk kali kedua (kali pertama seminggu sebelum program sekolah) bagi memenuhi undangan (eceh, macam pro la konon) menyertai pertandingan petanque kategori beregu campuran yang diadakan di UiTM Likas. Seperti yang telah digembar gemburkan, saya berpasangan dengan CikguEffeh manakala McLin berpasangan dengan CikguKhairul.

Sedikit laporan tentang pertandingan tersebut. Huhuhu...

Kami bertanding secara liga kumpulan. Untuk peringkat kumpulan, saya dan CikguEffeh menjadi juara setelah menang ketiga-tiga perlawanan yang diadakan. Itupun berkat kepakaran CikguEffeh. Dia yang atur strategi semua. Saya? Tukang baling boule (bola petanque) saja. Ke kiri ke kanan ke, nak 'tembak' ke, nak golek saja ke... dia yang tentukan. Ada juga lah saya pandai-pandai buat strategi sendiri... ada yang menjadi, ada yang hampeh.. heheh..

Setelah berehat selama lebih sejam, akhirnya kami masuk ke peringkat seterusnya pada lebih kurang jam 2 petang. Muka dah mula perit dah. Tengok-tengok lawan kami ialah CikguIzzat dengan anak CikguJudeh. CikguEffeh macam tak berapa yakin nak menang perlawanan tersebut sebab CikguIzzat memang terer 'menembak'. Akhirnya, kami kalah di tangan beregu CikguIzzat dengan mata 7-11. Hmm... McLin dengan CikguKhairul pun awal-awal lagi kalah dengan beregu mana entah tapi katanya memang wakil Sabah ke Brunei masa bulan lima tak silap..

Pada mulanya, CikguKhairul dan McLin nak masuk pertandingan sukasuka kategori Loser Pool (bagi yang kalah). Tapi oleh kerana saya pun dah habis tenaga, maka kami ambil keputusan untuk bermalam satu malam lagi di KK bagi melepaskan lelah. Tak larat nak memandu pulang...


Hari ni nasib baik tak ada kelas. Budak-budak tingkatan lima pun ada peperiksaan percubaan, maka boleh lah lepas lelah di sekolah. Hari Khamis ini... wuhuuu...

oyeah..

^_____^


Salam.
Peace.

No comments: