Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

16 October 2011

Mari membaca

Salam. 


It's weekend. folks. I am sooo bored here thinking what should I do then some voice telling me 'Hey, it's what you wish for, isn't it? To lay down, doing nothing and eventually growing the boredom in your day... ' 


Yeah. yeah, I deserved it right! Hahaha... I like it, though. Seriously, I do like it. But of course, I need to find some interesting activity that I am into it like writing, stitching, or reading. As for writing, my brain was scattered all around the world (huh?). No idea at all. I want to do stitching but don't have the threads la pula~~ Malas nak hidupkan enjin pergi pekan semata-mata nak beli benang... uhuhu... dasar pemalas!

Membaca?? Hah, ni yang dalam dilema ni. Tak tahu nak baca yang mana. Ingat tak, masa pulang ke Kuala Lumpur minggu lepas kan saya, si dia dan Yda bebeh telah berkunjung ke Big Bad Wolf(BBW) di MAEPS. Alah, bahasa budak sekolah, Pesta Buku.

Nah, inilah buku-buku yang telah berjaya saya capai dan beli. Mari kita cerita satu persatu kenapa saya memilih buku-buku ini.

1. My Fairy Fair Godmother (Jannete Rallison)

Saya sudah pun khatam buku ini. Mula membaca ketika menunggu penerbangan pulang ke KK. Niat asal sekadar untuk hilangkan bosan sementara menunggu, tetapi lama-lama tak boleh berhenti maka saya berjaya habiskan dalam tempoh 3hari. Selalunya, untuk saya habiskan novel Bahasa Inggeris adalah melebihi seminggu kerana.. heh, kerana Bahasa Inggeris adalah bukan bahasa ibunda saya jadi mengambil masa untuk memahami seterusnya menghayati setiap bab.(walaupun saya adalah seorang guru bahasa inggeris (-_-")
Tengok dari[ada tajuknya sudah boleh mengagak bahawa latar masa dan latar tempat cerita ini adalah di kurun pertengahan err... Middle Ages? Ngeee...Ala-ala cerita Cinderella dan Snow White. Pasal Savannah Delano yang tercampak ke sana setelah hajatnya-yang-tak-habis-cakap-lagi telah dikurniakan oleh Chrissy, seorang Fairy Godmother yang tak lulus sekolah pari-pari lalu gelarannya cuma Fair Godmother... well, because of her fair result in school.. cute! Kesimpulannya, hidup Savannah tunggang langgang sekejap disebabkan oleh Chrissy. Saya memang suka cerita ala-ala Cinderella ni. Memang dari kecil lagi, cerita fairytales adalah yang paling saya gemar.

2. Lost and Found (Carolyn Parkhurst)

Kenapa saya beli buku ini? Selain daripada cerita ala-ala fairytales, saya suka juga cerita kekeluargaan. Mengikut sinopsis di belakang kulit buku ini, ianya mengenai hubungan seorang ibu dan anak remajanya yang tidak akrab. Setelah si ibu mendapat tahu tentang satu rahsia anaknya yang mengejutkan, maka dia berusaha untuk mengubah apa yang selama ini terjadi. Nanti saya baca.

3. On the Edge: My Story (Richard Hammond)

Selain daripada itu, saya juga meminati buku biografi. Oh, kamon. Richard Hammond, kamu tak kenal? Kalau sesiapa yang meminati dunia permotoran mesti tahu siapa Richard Hammond. Saya suka dia. Oklah, saya memang tak kenal siapa dia yang sebenar, sebab tu saya beli buku ini untuk mengenali siapa dia. Saya cuma kenal dia melalui rancangan permotoran kegemaran saya iaitu Top Gear yang mana dia adalah salah seorang pengacara rancangan tersebut. Alah, yang paling pendek, yang selalu kena buli oleh Jeremy Clarkson dan James apa-da-lupa. It turns out that he was a racer. Malah, dia pernah mengalami kemalangan paling dahsyat di set Top Gear yang hampir meragut nyawanya. Mungkin mereka tak pernah siarkan episod tersebut.

4. Children with Dysleksia (Abigail Marshall)

Banyak-banyak novel, ada juga saya selit buku rujukan. Saya kan suka belajar kaunseling dan psikologi. Saya juga berminat tentang kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia. Lebih-lebih lagi di sekolah saya, rasanya ramai yang disleksia. Ehm, kawan saya ada tanya... bila masa saya nak baca buku ni? Jawapan paling bijak saya adalah.... err, saya tak akan ambil masa SEMATA-MATA untuk MEMBACA buku ini. Ianya adalah sekadar untuk rujukan. You know what I mean, orang tanya apa sahaja tentang dileksia maka saya ada buku untuk dirujuk. Heh..hehehe..

5. The stepmother (Carrie Adams)

Sekali lagi, buku tentang kekeluargaan. Tentang seorang ibu baru yang berusaha untuk menambat hati keluarga barunya... Tak mahu cakap banyak sebab saya tak baca apa pun lagi selain daripada sinopsis.

6. A Long Long Time Ago and Essentially True (Brigid Pasulka)

Latarnya adalah di Rusia sebelum dan selepas perang dunia ke II. Tentang kisah cinta yang terpisah dan bertemu kembali setelah berpuluh-puluh tahun lamanya. Saya juga menyukai latar masa dan tempat yang begini. Bukan kisah cinta semata-mata. Ada unsur sejarah, ada unsur kekeluargaan. Daripada sinopsisnya, saya rasa macam ala-ala cerita The Notebook. Hopelessly romantic.

7. Freedom (Jonathan Franzen)

Satu sahaja sebab saya membeli buku ini. Oprah Winfrey yang cadangkan. ^___^

8. Cross stitch Collection : Summer Flower
Err..Do I need to tell you more? I love cross stitch!

Ada satu lagi buku yang saya beli, tajuknya Glass Heart oleh... err.. lupa.. Saya sedang membacanya sekarang dan sengaja saya tinggalkan di sekolah sebab untuk dibaca ketika masa lapang. Juga sebagai pancingan yang ikhlas untuk ditunjukkan kepada para pelajar bahawa membaca itu adalah seronok. Jadi, sila membaca macam teacher yang asyik kusyuk sampai tak sedar pelajar sedang memanggil berulang kali. Hehehe...

Hari ini adalah hari terakhir BBW. Kepada yang tinggal di Lembah Klang, janganlah lepaskan peluang terakhir anda untuk tahun ini. Seronok! Baru tadi saya menghantar pesanan ringkas yang tak berapa nak ringkas kepada si dia, bertanyakan kot-kot dia ada pergi menjenguk lagi ke sana (dia ada pergi untuk kali ketiga bersama mama dan k.adik.. nak ikut~~~). Kalau ada, saya pesan suruh belikan lagi novel untuk saya dalam bajet RM50. Ehm... adalah dalam 6buah novel lagi... uhuhuhu... Kalau dia pergi lah~~...

Sebagai penutup, layanlah persembahan live Westlife di Kuala Lumpur pada 7 Oktober yang lalu dengan lagu popular mereka Flying Without Wing. Maafkan suara-suara yang mengganggu.^__^"



Salam.
Peace.

No comments: