Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 May 2011

Parapapapa... I'm loving it.

Salam.

Hari ni hari terakhir saya berada di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, saya ke sini kerana menghadiri bengkel/kursus yang pada awalnya malas untuk saya bercerita lebih panjang.

Secara jujur, saya masih malas untuk bercerita dengan lebih panjang tentang kursus ini. Namun, ada sesuatu yang bermain di dalam fikiran saya sekarang ini. Tentang sesuatu yang dinamakan tugasan.

Pada awalnya agak keberatan juga untuk menjalankan tugasan yang diberikan. Tetapi, bila difikirkan apa yang tersirat dan tersurat, saya bersyukur. Saya merasakan Tuhan telah berikan semua ini kepada saya kerana itulah yang mampu saya lakukan. Bukan saya kata orang lain tidak mampu untuk melakukannya. Macam mana nak cakap ya?

Saya diberikan peluang untuk menjadi diri saya yang pernah saya impikan suatu waktu dulu. Manusia agak susah untuk bersyukur sekiranya tidak nampak kebaikan. Itulah saya.

Meh nak cerita sikit.

Sewaktu saya masih bergelar pelajar, belum memiliki wang gaji sendiri, orang kata saya macam-macam. Pelik. Lone ranger. Pathetic. Freak. Hanya kerana saya lebih suka mendiamkan diri. Saya tidak banyak bercerita dengan orang yang saya tidak kenal atau kurang rapat. Saya suka berada dalam dunia saya sendiri. Paling-paling pun saya menghabiskan masa dengan sahabat baik dan teman serumah. Tiada orang luar. Malah, ada kawan sekelas (di universiti) yang tidak kenal siapa Nur Shahida. Pelik? Hmm... salah saya mungkin.

Maka, saya menanam azam. Saya akan berubah. Saya tidak mahu jadi seorang pemalu, pendiam atau pasif. Saya mahu jadi aktif. Saya mahu dikenali. Saya mahu ke depan. Saya mahu jadi orang yang boleh memberi bukan sekadar menerima.

Alhamdulillah, tahun pertama saya mendapat wang belanja yang dinamakan gaji, Tuhan makbulkan doa saya. Saya boleh dikatakan berada di barisan hadapan walaupun bukanlah begitu di hadapan. *masih..kan?*

Dilantik sebagai Ketua Panitia, kemudian ditawarkan jawatan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, itu merupakan detik yang waktu itu sangat saya nantikan. Secara tidak langsung, orang kenal saya. Orang akan cuba untuk mengenali saya samada mereka mahu atau tidak. Samada saya mahu atau tidak, saya akan dikenali.

Beberapa tahun berlalu, saya semakin lemas. Kalau ada yang membaca tentu ingat tentang entri saya mengenai banyaknya tanggungan, maka banyaklah pengorbanan. Malas saya nak cari balik.. Cari sendiri..Miahaha..

Semakin tinggi kedudukan, maka semakin banyak peranan yang perlu dijalankan. Saya lemas. Saya tidak lagi jadi diri saya. Saya banyak menipu diri sendiri. Saya penat. Saya rindukan saya yang dulu. Saya rindukan saya yang pendiam. Saya sangat rindukan diri saya yang tidak dikenali. Diam sahaja tanpa perlu menonjolkan diri.

Namun, sekali lagi Tuhan Maha Kuasa. DIA tahu apa yang DIA berikan kepada hambaNYA. DIA telah berikan yang terbaik untuk setiap hamba yang disayangiNYA. *tetiba sebak lah pula masa menaip ni.*

Tidak semestinya perubahan saya ini membebankan. Sesungguhnya perubahan saya membawa saya ke sebuah dimensi baru. Saya lebih berani. Saya lebih aktif. Itu yang saya mahukan dan hari ini saya berbangga dengan diri sendiri. Saya boleh senyum untuk apa yang telah saya lakukan walau bukan untuk orang lain, untuk diri saya sendiri. Pencapaian terbaik saya.

Remember, perasan is my middle name.

Datang ke bengkel/kursus yang dihadiri oleh pelbagai latar belakang individu menjadikan kita paling tercorot sekiranya tidak menonjolkan diri sendiri. Kalau dahulu, mungkin saya suka jadi yang tercorot. Tidak mahu dikenali. Sekarang, walau saya berusaha macam mana sekali pun untuk berdiam diri, Tuhan telah ubah saya jadi yang terbaik. (:p) dan terbaiknya saya adalah cuba menonjolkan diri dalam apa jua acara. ^__^

Aktif dalam perbincangan adalah bukan saya yang dahulu. Itu adalah saya yang sekarang. Ya, saya suka! Oh, mungkin tengok situasi juga. Kalau semua ahli perbincangan itu berfikiran negatif, maka saya sedih sebab tiada kawan untuk berfikiran positif.

Hahaha... kau nak negatif, negatif sorang-sorang lah! Jangan nak pengaruh aku. Hiahahahaha...
*kenapa gelak jahat ni?*

Oh, sebenarnya saya gembira berada di KK. Tak nak balik boleh?


Salam.
Peace.

No comments: