Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 October 2020

what a year

 Assalamualaikum...

Lupa ada blog... 

Btw, berkenaan pandemik COVID 19. Julai hari tu dah hampir kembali normal dah. Hidup dah kembali tenang apabila dapat kembali kerja seperti biasa. Malangnya... atas kerakusan dan kekhilafan sesetengah manusia yang cetek akal ni, beberapa bahagian di Malaysia kembali diletakkan di bawah situasi PKPB. Termasuklah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Langsung dah tak boleh keluar kerja, keluar hanya untuk urusan penting, tidak boleh lebih daripada dua orang. Alahai... bosan tau tak? Bosan!!

Dan akibat daripada keadaan yang terhad begitu, saya rasa saya hampir depresi. Well, clinically saya tak tahu sebab memang tak jumpa doktor pun dan saya tahu saya tak boleh suka hati nak diagnos diri sendiri. Tapi secara peribadi, saya sangat-sangat lemas dengan keadaan sekarang. Suffocated sangat. Serba tak kena. Dada ni rasa kedap.. rasa sedih nak menangis je kerja bila duduk sesorang. lagi-lagi bila rasa terabai... teruk naw..

Macam-macam duk fikir. Rasa useless tu of course nombor satu dalam list. Belum lagi rasa macam hati ni kotor hitam legam sebab duk fikir yang tidak-tidak pasal orang lain. Semua tak betul... rasa macam diri sendiri je yang betul tapi tahu sebenarnya tak sempurna. 

Begitulah... ni pun hari kedua rasa lega sikit selepas hampir dua minggu miserable.. lepas tu katanya PKPB yang dua minggu tu tak cukup... tambah lagi dua minggu... Allahu.. Kuatkan semangat aku...

Walaupun lambat nak pick up, tapi saya tahu suami saya sedar keadaan saya. Itu pun jadi penyumbang kelegaan sebab semalam dia bawak belanja rojak dan cendol... saja tanya memang teringin nak makan rojak ke saja kebetulan singgah? Sebab dia kata nak pergi kedai je. Jawabnya memang teringin nak makan rojak berdua dengan ibu.. uhuk.. tau, dia pujuk hati saya tu... Terima kasih, sayang. 

Balik rumah dapat pula mesej dari developer. Dorang dah nak submit borang pasang api dan air.. Yahoo!! Tak lama dah tu.. Walaupun dalam fasa pening sebab gaji dah limit .. tapi nak bayar deposit api air tu boleh dikorek...hehehe.. itulah kepentingan menabung. 

Tengah menunggu untuk meeting online ni..

Salam maulidur Rasul... 

No comments: