Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 May 2020

After 4 years...it's 2020

Asslamualaikum wbt

Heyya! Yeah.. I know.. Empat tahun dah berlalu... hahaha

Anak pun dah tiga... yeap. Dah nak masuk 3 tahun pun.

Yang ketiga ni namaya Nur Syauqina Adra. Masih lagi si dara. Belum ada rezeki lagi untuk si teruna. InsyaAllah, andai dimurahkan rezeki, harapannya adalah penyambung warisan berjantina lelaki pula. Encik suami berseloroh nanti kena kembar lelaki... cakap kat kita buat apa kan? Pandai-pandailah sendiri nanti.. kikiki.. eh..hmm..

Btw, untuk yang ketiga ni gambar tak berapa nak ada. Ada.. dalam telefon dan malas nak transfer ke laptop. Nantilah bila ada kerajinan nak upload.

Pejam celik pejam celik.. dah masuk tahun 2020. Dah hampir separuh tahun pun. Dan untuk tahun ni, banyak hal yang terjadi tidak terduga. Just for my memories in the future..

Tahun ni menyaksikan pergolakan turun naik senario politik negara. BN jatuh ke tangan PH pada tahun 2018. Menyaksikan pertukaran kerajaan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia. Tun M naik sebagai PM ke 7..namun beliau meletak jawatan awal 2020. Atas perkenan YDPA Sultan Abdullah, TSMY menjadi PM-8. PM bukan pilihan rakyat namun menjadi buah hati rakyat tak sampai sebulan.

Seluruh dunia dilanda pandemik Covid 19. Sejarah juga di mana bermula 18 Mac, Malaysia berada di dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hari ni, dah masuk ke Fasa 5 (PKPBersyarat)

Dengan erti kata lain, aku duduk rumah paling lama tanpa ke mana-mana, tak buat apa-apa yang rutin seumur hidup aku. Otak dah tepu, badan dah lemau.

Walaupun ada juga buat kerja dari rumah tapi takkan pernah sama. Apatah lagi bukan rumah sendiri. Dah lah tahun ni tak boleh balik kampung beraya. Patut tahun ni turn Kelantan... Huaaaa!

Nak masuk 8 tahun dah duduk rumah mertua ni. Kalau ikutkan, insyaAllah lepas raya dapat masuk rumah baru. Tapi oleh kerana PKP dan pandemik ni, tak tahulah apa cerita nanti.

Setelah berperang dan berdegil, aku berjaya beli rumah. Walau ada sedikit kekesalan di situ sebab membeli dalam keadaan terburu-buru sehingga mengakibatkan sedikit pembaziran. Tapi, aku sentiasa sedapkan hati. Kalau tidak, bila lagi? Nak tunggu sampai bila kan? Anak makin membesar. Kalau setakat duduk dengan mertua saja tak pe lah kot. Ni dengan ipar duai, biras, anak saudara... anak-anak aku semua perempuan, sepupu dia tu lelaki. Memanglah sekarang ni tak rasa apa, sebab mereka tu budak-budak... Nak tunggu dah jadi anak dara sunti? Nak tunggu jadi benda tak seronok baru terhegeh-hegeh nak keluar?

Enough about that.

Macam mana boleh buka balik blog ni? Sebab tengah bosan melepek tak tahu nak buat apa, teringatkan blog yang kusam ni. Dah lah.. makin tua ni, makin tak seronok bercerita sebenarnya. Atau mungkin sebab dah tak ada cerita best dalam hidup kot. Rutin je memanjang. Pergi kerja, balik kerja. Jaga anak, gaduh dengan anak. Duduk dalam bilik buat hal sendiri. Nak share apa-apa pun, dah rasa tak teruja macam dulu. Rasa macam orang bodoh je share apa-apa yang bodoh... hahaha.. sebab itulah real Shahida. Love to share stupid things. But I'm getting older and wiser... kahkahkah

Adios for now..

Nanti ada mood nak share stupid story, aku share. Babai!

No comments: