Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 February 2011

Penting. Segera.

Salam

Cuti seminggu yang tidak dirancang akan berakhir. Tinggal lebih kurang 12 jam untuk saya bangkit esok hari dan kembali bertugas seperti biasa.

Ada berita kurang gembira yang saya dapat malam tadi. Tapi tak mengapa. Saya yakin segalanya akan berakhir. Saya percaya, rezeki ada di mana-mana. Saya juga percaya, kita boleh merancang sebanyak mana yang hendak kita rancang dan hanya DIA yang akan tentukan.

Selagi rancangan saya belum betul-betul terusik dengan ketentuan dia, saya akan terus berharap dan berdoa pada DIA agar kekalkan rancangan saya.

Tadi melawat setelkahwin.com sekejap. Ada jadual senarai semak di situ dan mengikut setelkahwin.com, bulan Mei baru boleh mula fikir mencari vendor-vendor ataupun menguruskan apa yang patut sekiranya majlis dibuat di hujung tahun nanti. Tapi, memandangkan bulan Mei itu sahajalah yang saya ada, maka sekarang juga saya sudah mula mencari dan menilai apa yang patut.

Senarai semak sudah ada. Senarai fikir belum lagi. Banyak nak kena fikir. Termasuk macam mana nak cari duit tambahan. Saya tak pandai berniaga. Saya tak suka MLM. Menulis? Saya sudah kering idea, rasanya kalau saya hantar pun, kena tunggu setahun dua barulah karya saya betul-betul diterima. Saya perlukan duit dengan kadar segera.

Gaji? Let the silence tells you...

Jadi, apa yang boleh saya buat untuk dapatkan duit dengan kadar segera?

Saya serius...

Salam
Peace

No comments: