Salam...
Lelah.
Penat.
Gambaran dua rasa untuk satu nyawa. Hahaha... buat ayat ke?
Hmm, jadual saya sudah tidak seimbang. Maksud saya, jadual peribadi. Masa bangun, masa tidur, masa makan. Semua sudah kucar kacir.
Saya dalam proses berdiet. Bukan untuk turunkan berat badan sangat, lebih kepada kekalkan bentuk badan. Tapi, macam hancur juga. Selaku warga Malaysia yang sihat, minyak, gula dan garam yang kaw-kaw memang tidak dapat dipisahkan. Saya tidak pandai mengira kalori dalam makanan yang diambil, tahap kolestrol dalam tubuh saya pun saya tak tahu. Tapi, mekanisma dalam tubuh saya kata saya terlebih kolestrol. Kalori yang selalu saya ambil samada sangat banyak, atau sangat sedikit.
Kafein... saya berjaya tidak minum paket nescafe 3dalam1 selama lebih 3 bulan. Saya masih tidak dapat hilangkan ketagihan terhadap kafein, jadi saya masih ambil kafein cuma diganti dengan kopi bancuh sendiri dan bukan paket 3dalam1 yang lebih tinggi kandungan gulanya dan pelbagai campuran. Walau bagaimanapun, bermula pertengahan bulan Januari yang lalu, saya kalah. Saya kembali kepada paket 3dalam1... dan ketagihan itu membuatkan jadual saya tunggang terbalik.
Tadi, saya berada di dalam sebuah kelas bersama-sama pelajar lebih 5masa. Lebih kurang 2 jam setengah. Angkara kerja RUMAH yang terpaksa ditukar status kepada kerja DALAM KELAS. Cuti seminggu tidak digunakan dengan sebaiknya oleh mereka. Alasan : banyak kerja rumah yang diberikan. Dan alasan ini diberikan oleh pelajar tingkatan 5. Maka, secara automatik mereka dikuarantinkan sehinggalah guru yang seterusnya masuk. Oh, mereka dilarang keluar rehat (recess) sehingga mereka menghantar kerja berkenaan. Orang pertama yang menghantarnya adalah apabila loceng rehat tamat. Maaf, nasib badan kamu lah ya. Ada beberapa orang yang sempat ke kantin dalam tempoh 5-10 minit selepas loceng berbunyi.
Penat.
Lelah menunggu mereka. Tapi apakan daya. Saya mahu ajar mereka tepati janji.
Meski masih ada 4 orang yang degil. Alasan : tidak tahu mahu buat. Malas. Dengan selamba. Tanpa rasa bersalah terpalit di wajah. Pek! Dahi saya berlekuk kena ketuk dengan pen sendiri. Aduih!
Saya lembut. Saya tidak garang tapi cuba untuk tegas. Jadi, harap kombinasi lembut tapi tegas saya itu berjaya mengubah pendirian mereka.
Otak saya ada dua. Otak kamu juga kan. Tapi saya terpaksa belah kepada dua bahagian lagi. Di hadapan kanan, mekanikal. Di belakang kanan, psikomotor. Di hadapan kiri, psikososial dan di belakang kanan, intelektual. Itu perkara yang perlu saya fikirkan dalam masa yang sama... secara serentak. I mean LITERALLY at the same time.
Oh, di antara empat belahan tersebut satu lagi saya selitkan... emosional fisioterapi. Apa ni? Saya pun tak tahu. Lantak lah! Suka hati reka sendiri.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment